“Dah Jadi Mak-Mak Nanti, Kena Pandai Jaga Barang Kat Dapur Supaya Tahan Lama..” Jom Ikuti Tips Ini.

 

Apabila sudah berumah tangga, urusan penjagaan di dapur sangat penting kerana untuk mengelakkan makan makanan yang tidak elok atau basi. Bukan sahaja si isteri sahaja perlu mengambil tahu, golongan suami juga perlu menitik beratkan hal ini supaya tidak tersilap makan makanan yang sudah sampai tamat tempohnya.

Jadi, jom ikuti tips ini…

1. Cili api.

Anda perlu bersihkan terdahulu cili tersebut, kemudian keringkan. Apabila telah kering letak ke dalam tupperware, dan letakkan seulas bawang putih di dalamnya.

2. Bawang.

Bawang yang belum dikupas elok diletakkan di tempat yang kena dengan udara, manakala bawang yang sudah dikupas jangan dicuci terlebih dahulu, khuatir busuk nanti. Jadi, lepas kupas terus letak ke dalam tupperware tanpa terkena air.

3. Beras.

Beras yang ditinggalkan terlalu lama pasti akan muncul kutu beras, jadi letak beberapa helai daun limau purut ke dalam bekas beras tersebut. Jika diikutkan petua orang dulu-dulu, mereka letak beberapa tangkai cili kering dalam bekas beras.

4. Santan atau kelapa parut.

Cara menyimpan santan adalah dengan meletakkan sedikit garam kasar dan kacau dengan sebati sebelum simpan di dalam peti beku. Kelapa parut pula, sama sahaja taburkan sedikit garam kasar dan gaulkan, kemudian letak dalam tupperwear dan ke peti beku (freezer).

5. Cili kisar.

Cili dikisar dan disimpan supaya mudah untuk membuat sambal. Namun, jika cili yang dikisar tersebut sentiasa berbuih dan tidak tahan lama, pasti anda menyimpannya dengan cara tidak betul. Jadi, anda perlu bersihkan cili kering tersebut, gunting dan buang biji cilinya. Kemudian rendam dengan air panas.

Jika anda tidak membuang biji cili tersebut dan mengisar bersama, ini yang menyebabkan cili kisar tersebut mula berbau masam. Jangan lupa letak sedikit minyak masak ketika mengisar cili tersebut.

6. Tauge.

Cara menyimpan tauge adalah dengan meletakkan ke dalam tupperwear dan direndamkan dengan air garam (secubit). Kemudian letakkan ke dalam peti sejuk. Jika lebih 5 hari, pastikan anda menukar air garam tersebut.

7. Pisang.

Pasti anda pelik, kenapa pisang yang baru dibeli mudah busuk dan berulat. Ini kerana anda membeli pisang yang sudah betul-betul masak dan hanya boleh dimakan pada hari itu sahaja. Pisang juga sepatutnya perlu digantung di tempat tinggi supaya udara dapat mengelilingi pisang tersebut. Tidak hairan jika semua kedai buah, pisang boleh tahan lama walaupun berhari-hari kerana digantung tinggi.

8. Halia/Lengkuas/Kunyit/Kunyit Hidup.

Bahan ini juga seperti bawang, jika terkena air sedikit dan dibiarkan kena udara pasti cepat berulat dan busuk. Jadi, simpan bahan-bahan ini ke dalam bekas yang berisikan air cepat-cepat simpan dalam peti sejuk.

Jika sudah dikupas, simpan sahaja dalam bekas kedap udara lalu masukkannya dalam freezer.

9. Sayuran Hijau.

Cara menyimpan sayur-sayur hijau ini agak melecehkan sebenarnya, kerana ia cepat layu dan busuk. Jadi, beli beg plastik kedap udara (ziplock beg) untuk menyimpan sayur tersebut.

Image result for veggie in ziplock bag

Ataupun guna sahaja cara tipikal dapur, iaitu rendam kan sayur tersebut ke dalam air garam selama beberapa minit, kemudian toskan dan simpan ke dalam bekas kedap udara, dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,724 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen