3 Sebab Anda Jangan Lupa Berdoa Untuk Kedua Ibu Bapa.

 

Tidak kira sama ada kita masih lagi bujang atau sudah berkahwin, sekiranya kedua ibu bapa masih lagi hidup jangan la lupa berdia untuk kesejahteraan mereka. Sesungguhnya, ganjaran pahala anak-anak yang mendoakan untuk ibu bapanya sangat besar. Doalah tanpa jemu untuk temui kebahagiaan dalam hidup, malah untuk mendapat keredhaan Ilahi.

Kenapa kita perlu berdoa untuk ibu bapa setiap hari?

1. Kerana pengorbanan ibu bapa yang terlalu tinggi nilainya.

Ibu telah mengendong kita di dalam perut selama 9 bulan, bapa pula bersusah payah menjaga keluarga sejak kita dari kecil. Mereka lah orang pertama yang mengajar kita cinta dan kasih sayang. Tak terbalas jasa kita pada pengorbanan mereka. Mereka membesarkan kita tanpa keluh kesah, tetapi kita diberi cabaran sedikit sudah mengeluh kesakitan.

Mulakan hari-hari kita dengan bacaan doa ataupun membaca al-Fatihah untuk mereka.

2. Kerana keredhaan ibu bapa ialah keredhaan Allah SWT.

Keredehaan Allah SWT bergantung pada keredhaan ibu bapa kita. Sekiranya terasa hidup tidak tenang, aman atau gelisah, cuba semak kembali perlakuan terhadap ibu bapa. Adakah ibu bapa redha dengan setiap tindak tanduk kita? Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan atau tidak mengizinkan melakukan sesuatu perkara, sebagai jiwa anak muda pasti mahu memberontak, kan?

Jadi, lihat kembali situasi tersebut, cari hikmah dan pengajaran.

3. Kerana akan dilapangkan rezeki.

Seperti Pesanan dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah;

“Setiap hari sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.”

Rezeki yang diberikan oleh Ilahi bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi kesihatan anda sendiri, kesihatan ibu bapa yang mampu lagi untuk menampung keluarga, tidak rasa terbeban walaupun berpendapatan kecil dan seumpama dengannya.

ANTARA DOA-DOA YANG ANDA BOLEH IKUTI.

Jangan lah kita membalas jasa kedua ibu bapa dengan memberi duit sahaja. Asalkan beri duit, kita merasakan ibu bapa akan bahagia, padahal dapat merenung wajah anak itu lebih bahagia. Jika ingin bahagia hingga ke Jannah, jangan lupa untuk berdoa.

Kita semua perlu ingat, jasa ibu bapa itu terlalu besar pengorbanannya, kadang-kala dengan duit mahupun harta sebenarnya tidak cukup. Seimbangkan hidup dengan membaca doa-doa seperti berikut…

“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.” (Surah Al Isra 17:24)

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku." (Surah Nuh 71:28)

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku." (Surah Ibrahim 14:41)

Sewaktu mereka sudah tiada di dunia pula, kita sebagai anak-anak yang boleh membantu mereka di alam sana. Daripada Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

“Apabila seseorang meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”[Riwayat Muslim]

Oleh itu, kita sebagai anak perlulah sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa kita. Mereka berdua yang telah berusaha membesar, mendidik dan banyak berjasa dalam hidup kita. Mereka memang teringin sekali untuk melihat kejayaan dalam hidup kita.

Maka, kita seharusnya membalas kembali jasa-jasa mereka walaupun hanya dengan doa-doa yang sering disampaikan. Itulah hadiah yang pasti diharapkan oleh kedua-dua orang tua kita.

Sama ada kita mendoakan kebaikan buat mereka ketika mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Doa kita tersebut sangat mustajab dan bakal diterima disisi Allah SWT. Insya Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen