Ingin Jadikan Biras Seperti Rakan Karib, Ini Pantang Larang Yang Perlu Elakkan.

 

Biras ini adalah orang asing akan turut masuk ke dalam keluarga pasangan anda. Ia adalah seperti hubungan kekeluargaan antara menantu dengan menantu. Jadi, banyak kepentingan biras selepas anda berumah tangga ini, terutama jika anda perlu berkumpul satu keluarga belah pasangan anda.

Selain rapat dengan ibu bapa mertua dan adik ipar anda, biras juga seseorang yang perlu anda dekati bukan dimusuhi. Hal ini kerana, anda boleh berkongsi banyak perkara bersama mereka ini. Bahkan, hubungan yang erat ini akan memudahkan segala urusan di rumah keluarga mertua. Sebagai contoh, kalian boleh berkongsi dapur bersama-sama untuk memasak bahkan menguruskan rumah mertua anda. Pasti hati mertua kalian akan senang.



Jadi, ini adalah beberapa perkara yang perlu anda elakkan agak tidak menyinggung hati biras anda.

1. Jangan tanya soalan sensitif.

Apabila anda sama-sama orang baru dengan dirinya, pasti kalian akan berlumba-lumba dapatkan hati ibu bapa mertua kalian. Dan sudah semestinya, cucu adalah perkara yang akan membuat ibu bapa mertua lebih tumpukan anda. Jadi elakkan pertanyaan seperti berikut:

“Bila nak ada anak?”

“Bila nak mengandung?”

“Tak tahu jaga anak ke?”

Perkara-perkara sebegini teramatlah sensitif buat anda mahupun biras anda, maka elakkan untuk bertanya soalan sebegini jika tidak mahu dapatkan jelingan maut.

2. Sibuk akan rumah tangga dirinya.

Jangan sesekali masuk campur akan urusan rumah tangga mereka ini. Berlaku pergaduhan atau terlalu romantik sekalipun, biarkan mereka sahaja yang menguruskannya. Jangan sesekali menjadi penasihat atau bertanya perkara yang tidak sepatutnya. Hal ini akan membuat kehadiran anda tidak disukai oleh dirinya mahupun ahli keluarga yang lain. Contohnya:

“Tak bagi laki kau makan ke? Kurus aje aku tengok.”

“Bini kau nak phone baru ke? Tak payah layan mengada je dia tuh.”

Anda hanya perlu uruskan mertua dan rumah tangga anda sahaja. Perkara yang lain jangan ikut masuk campur.



3. Tidak menghormati ruang peribadinya.

Perkara yang tidak disukai dan disenangi yang perlu anda elak untuk lakukannya adalah mengganggu ruang peribadinya. Sebagai contoh masuk ke dalam biliknya mahupun, menggunakan telefon bimbitnya sesuka hati. Anda perlu faham bahawa orang lain tidak akan rasa selesa apabila hak peribadinya dicerobohi oleh orang lain.

4. Jangan menghina atau menyindir.

Perkara sebegini hanya akan membuatkan hubungan anda semakin jauh dan sukar untuk didekatkan lagi. Mana tidaknya sikap sebegini hanya akan timbulkan perasaan benci atau rasa sakit hati. Adalah lebih elok anda simpan perkara yang anda tidak suka itu di dalam hati anda sahaja, berbanding anda akan mendapat pandangan tidak elok dari mertua anda sendiri.

Sepatutnya, menantu dengan menantu ini harus berkawan baik dan tidak bermasam muka. Hal ini kerana, kalian adalah orang baru yang sama-sama ingin menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen