Tips Eratkan Hubungan Antara Ipar-duai, Yang Ke-3 Itu Paling Penting.

 

Apabila sudah berkahwin ini, lebih banyak hati yang perlu dijaga. Jika dahulu mungkin hati pasangan, keluarga anda serta ibu bapa mertua. Tapi selepas berkahwin, ia akan semakin berkembang, di mana anda perlu menjaga hati adik-beradik ipar anda serta biras anda. Agak sukar bagi permulaan.

Seperti sedia maklum bahawa, memasuki sebuah keluarga baru pasti agak sedikit kekok untuk melakukan rutin kebiasaan kita. Mungkin masih mempunyai rasa malu dan kurang berkeyakinan menyebabkan rasa kekok itu muncul.

Untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru, hati yang baru serta tingkah laku yang baru ini, pasti perlu menggunakan kebijakan anda itu di terima di keluarga tersebut. Sebab itulah pentingnya tingkah laku kita ini untuk membuat adik-beradik pasangan kita itu menyukai kita.



Berikut adalah cara yang boleh anda gunakan.

1. Kongsi pendapat.

Perkara yang paling mudah untuk dapatkan keserasian kalian adalah melalui perkongsian pendapat. Cuba untuk ketahui bagaimana dirinya dengan melalui pendapat yang dirinya berikan. Hal ini kerana, cara penyampaian pendapat itu akan membuatkan anda tahu adakah dia senang atau tidak dengan kehadiran anda.

2. Berbual akan perkara yang baik.

Elakkan bergosip akan satu perkara yang tidak baik. Adalah lebih elok anda mengambil beberapa topik ringan untuk dijadikan bahan perbualan. Sebagai contoh, gunakan perkembangan dunia hiburan ataupun gaya fesyen terkini. Dengan ini kalian boleh saling bertukar pandangan dan pendapat. Bahkan, jika miliki minat yang sama kalian akan mudah mesra.

3. Jangan sombong.

Jangan terlalu berdiam diri apabila kalian berkumpul satu keluarga. Bahkan jangan buat anda tidak mahu bercakap dengan mereka. Apabila anda banyak mendiamkan diri, mereka akan beranggapan bahawa anda sedikit sombong kerana tidak mahu bergaul dengan mereka. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah hubungi mereka untuk bertanya khabar mereka.

4. Jaga percakapan.

Mereka ini keluarga baru, dan anda pula baru cuba ingin mendekati mereka. Maka dengan itu, setiap percakapan anda itu akan memberi kesan kepada anda. Mereka ini biasanya adalah terlalu mudah ambil hati dan sentap walaupun ia adalah perkara kecil. Ingat jangan bercakap dengan mereka seperti mereka itu adik-beradik anda sendiri. Lainlah kalau kalian sememangnya sudah rapat.

5. Jangan mengadu pada pasangan.

Apa pun sikap buruk adik-beradik pasangan anda itu, jangan sesekali anda beritahu pada pasangan anda. Apabila anda mula mengadu, ia akan mengeruhkan lagi hubungan yang ingin anda bangunkan itu. Jadi, cuba untuk simpan sendiri melainkan mereka itu sudah melampaui batas.



6. Jangan mengalah.

Untuk memikat hati seseorang untuk menerima kehadiran kita ini agak sukar. Maka dengan itu, jangan sesekali mengalah untuk dapatkan hati mereka. Jika anda mengalah, anda akan menjauhkan diri anda daripada pasangan anda sendiri nanti.

7. Jaga kelakuan.

Ipar-duai ini tersangat sensitif apabila anda melukakan hati ibu bapa mereka. Bahkan mereka ini teramat tidak menyukai jika ibu bapa mereka anda perlakukan seperti pembantu anda, walhal anda hanya ingin meminta bantuan sahaja. Mereka juga tidak suka jika anda tidak tahu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa mereka.

Jika anda bersenang hati ingin menerima keluarga pasangan itu sebagai keluarga anda, pasti tidak akan ada kesukaran untuk anda mendapat tempat di hati mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen