“Jangan Lepaskan Tekanan Pada Anak-Anak..” 5 Tanda Emosi Anda Hampir Meletus.

 

Dugaan berumah tangga, hanya pasangan suami isteri itu sendiri yang dapat merasakan susah payahnya untuk bangkit. Mengalami tekanan dalam berumah tangga itu adalah kebiasaan pada setiap pasangan kerana hari-hari yang dilalui bersama kadang-kala mencetus pergaduhan. Apabila sudah memiliki anak, terutamanya anak kecil pasti ingin melempiaskan tekanan tersebut pada mereka.

Sering sahaja kita dengar, para isteri menjadi tertekan kerana si suami yang tidak tahu peranan atau tanggung jawabnya sendiri sehinggakan si isteri ini terlalu serabut. Oleh disebabkan itu, kaum wanita yang bergelar isteri ini sering sahaja ditinggalkan berdikari dan merajuk lama dari suaminya.

Jom lihat tanda-tanda emosi dan tekanan anda semakin hampir meletus dengan perkongsian dari saudara ini...

********

1. Kita jadi serabut tanpa sebab.

  • Semua yang anak kita buat jadi tak kena di mata kita. Kita serabut dan tanpa sedar kita akan mencari cari kesalahan anak kita.
  • Sebenarnya masa tu kita tengah cari cara nak lepaskan emosi tu. Jadi biasanya anak la target paling mudah untuk dilepaskan emosi tu. Anak mana reti nak balas balik.

2. Kita mudah melenting.

  • Kesalahan kecil anak kita pun kita anggap benda tu besar. Kita rasa tak tenang dan kita akan mula menyalahkan semua benda di sekeliling kita dan merasakan semuanya penyebab kegelisahan kita (self victimization).

3. Pernafasan jadi pendek dan laju.

  • Tanpa kita sedar ni kita dah mula bercakap dengan kadar yang laju. Sebenarnya masa tu yang jadi laju adalah pernafasan kita cuma kita tak sedar je.
  • Pada masa ni juga biasanya kita akan keluarkan perkataan yang menyakitkan hati pasangan dan anak kita. Kadang kadang terkeluar tanpa sedar.

4. Otot otot mulai tegang.

  • Yang biasa jenis suka mencubit anak ni bahagian tangannya akan mula tegang.
  • Yang jenis suka tengking dan jerit anak pula biasanya bahagian mulut dan wajah akan mula tegang. Gigi pun dah mula diketap.
  • Tu la kenapa saya ajar teknik Muscle Relaxation dalam Ebook Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu dan Anak supaya otot ni semua boleh rileks dengan cepat sebelum ianya meletus.

5. Kita mudah berburuk sangka.

  • Anak kita yang suci takde dosa kita pun kita akan anggap menyusahkan dan sengaja nak menyusahkan hidup kita masa emosi kita nak meletus tu.
  • Masa tu fikiran logik kita sedang dikuasai emosi ( emotional hijacking ). Ada satu cara je, kita kena latih untuk kawal emosi ni sebab masa bila emosi menguasai, semua logik tak terpakai dah.
  • Tu la kenapa bila kita dah tenang balik, kita akan menyesal dan menangis teresak esak sebab masa tu fikiran logik kita dah kembali menguasai.

Jadi jom belajar kawal emosi. Hanya dengan kawal emosi, anak kita akan tak tersakiti, wajah dan kehidupan kita pun Insya Allah akan makin berseri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen