“Jangan Rasa Leceh Untuk Melayan Kerenah Anak Kecil Ketika Bercuti…” Jom Ketahui Sebabnya.

 

Pasangan yang baru berkahwin dan berumah tangga pasti sedang hangat pada fasa bulan madu, dimana kadang-kala terdetik di hati bagaimana jika sudah memiliki anak kecil. Jika tidak puas berbulan madu berdua, pasti terasa leceh untuk membawa anak kecil jika pergi bercuti satu keluarga pula.

Namun sedemikian, seperti perkongsian dari Mohd Fhais, dia maklumkan amat rugi sekiranya anda dengan pasangan berasa sangat leceh untuk melayani anak kecil ketika bercuti kerana sebenarnya ia membawa banyak manfaat.

********

Dan antara sebab yang lain adalah…

1. Anak dah besar nanti mesti sibuk dengan kerja dan urusan diorang, nak jumpa sebulan sekali pun dah susah. Paling tidak pun raya baru dapat jumpa.

2. Bila dah kawan ramai mana nak lagi diorang bercuti dengan mak ayah, diorang lebih suka bercuti dengan kawan-kawan bujang mereka. Baru sekepala katanya.

3. Kalau dapat bercuti bersama pun mesti berbalah sahaja, semua tak sependapat. Orang tua nak beli jeruk kat pasar chowrasta, yang muda pula nak selfie dekat sky walk. Huru hara wei dalam kereta !

4. Masa anak kecil ni lah banyak tempat boleh masuk free, dah besar nanti semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Itulah specialnya bercuti masa anak kecil, jimat belanja.

5. Dah berkahwin nanti ada anak-anak mesti diorang akan utamakan anak isteri dahulu, mak ayah kemudian. Redha je lah masa ni jalan seorang diri.

6 Kalau masa muda ni bercuti sebab nak hilangkan stress dan bahagiakan anak isteri tapi masa dah tua nanti bercuti sebab nak isi masa diri sendiri yang banyak terluang dan bahagiakan hati sendiri. Refleksi diri katanya !

7. Masa diorang kecil ni kita bawa pergi zoo pun diorang dah cukup teruja dan bahagia, yang penting ada jalan-jalan dan gelak tawa. Dah besar nanti? Kalau tak sebut korea memang tak teruja langsung.

Anak anak kecil sekali je, masa ni lah kita nak pulun habiskan masa bersama mereka, jalan pimpin tangan, peluk cium, angkat naik atas kerusi. Ini semua kenangan bawa sampai tua !

Sebab bila mereka dah cukup akil baligh nanti kita nak angkat pun tak larat dah, bahkan diorang pun dah rasa malu nak peluk kita.

Sudah-sudahlah kerja, cutilah pulak !

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen