“Bolehke Menyimpan Dan Menabung Untuk Perkahwinan Walaupun Bergaji Kecil?” Jom Baca Tips Ini.

 

"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..."

Zaman sekarang ramai sahaja anak muda yang sukar untuk mencari kerja yang diidamkan. Pekerjaan yang ditawarkan semua bergaji rendah dan perlu mula dari bawah walaupun memiliki pendidikan tahap ijazah. Kemudian, memiliki pasangan yang menunggu anda untuk mengikat tali pernikahan.

Pasti situasi ini memberi tekanan kepada sesiapa sahaja anak muda diluar sana. Jangan terus murung, tapi bangkitlah dan lakukan perkara seperti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

1. Matlamat Dan Target.

Jika korang tak ada matlamat dan target pun susah jugek. Korang duk cakap dalam diri sendiri "aku kena menyimpan ni" tapi korang tak tahu berapa harus korang menyimpan dan apa yang korang nak capai nanti. Jadi setkan matlamat terlebih dahulu. Berapakah kemampuan ekonomi korang. Berapa setiap bulan korang harus menyimpan dan di mana nak simpan. Macam saya, saya setkan nak menyimpan RM300 setiap bulan.

2. Simpan Dahulu Baru Berbelanja.

Sekurang-kurangnya simpan terus 10% daripada pendapatan korang. Paling senang buat potongan gaji ke tempat simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Cara ni sangat berkesan. Tak lah nanti korang tak tahu kemana wang korang larikan diri.

3. Simpan Di Tempat Yang Susah Hendak Dikeluarkan.

Perangai anak muda ni ada yang menyimpan kemain rajin. Tapi bila tengok perkataan SALE 80% mula la menggelupur terus pergi cucuk balik duit dekat ATM tu. Habis simpanan dalam satu hari. Jadi, korang boleh simpan dekat tempat yang susah nak dikeluarkan sikit macam ASB, TH ataupun AHB

4. Tidak Bercinta Dengan Kad Kredit.

Keluar dengan makwe mesti nak nampak cool je beli tiket wayang guna kad kredit. Bayar makan pun guna kad kredit. Peh... nampak awesome gila main swap-swap je. Bila dah due date kena bayar, tak tahu nak bayar macam mana. Akhirnya caj-caj tambahan dikenakan. Kalau korang mampu bayar dan bijak merancang, lepastu selalu dapat bonus, rebat takpelah.

5. Pendapatan Sampingan.

Kalau member ajak berniaga kecil-kecilan tu join lah. Jadi ejen takaful, ejen hartanah, berniaga online atau buat dropship ke. Kalau korang ada kereta bawah 5 tahun boleh buat Grabcar. Dah dapat komisen sedikit sebanyak simpan ye. Jangan ajak makwe lepak makan kat Pavillion pulak.

6. Mengurangkan Perbelanjaan.

Saya tak suruh korang pergi makan pucuk ubi setiap hari, pergi memburu kancil di hutan tapi cukup lah korang cuba mengurangkan kos perbelanjaan seharian. Contohnya, hadkan makan di luar, tutup suis elektrik jika tidak digunakan, baiki paip yang bocor. Tak perlulah setiap minggu tengok wayang dengan makwe, pergi travel luar negara, beli gajet terbaru dan sebagainya. Korang boleh fikir sendiri kan. Fikirkan sejenak ke mana wang korang selalu banyak dihabiskan.

7. Banyakkan Bersedekah.

Dalam duit gaji kita tu ada juga rezeki orang lain. Jangan risau dan takut untuk memberi. Sedekah ikut kemampuan korang. Yang penting niat tu. Biar ikhlas. Eloknya sedekah dekat adik beradik yang kurang kemampuan dulu. Family first gituuuuhh! Mak ayah jangan lupa.

Korang bagi 1, 10 Tuhan ganti balik. Tak semestinya korang bagi RM50, dapat balik RM50. Tuhan akan bagi dalam pelbagai cara.

Mudah bukan? Banyak lagi cara yang korang boleh buat. Pengalaman dari masa ke semasa akan mematangkan korang. Tapi, kalau dah nak masuk umur 35 tahun pun masih tak fikir nak menyimpan, korang ada masalah lah tu.

Walau sedikit manapun usaha korang, lama-lama pasti akan membuahkan hasil. Jadi, ayuh mulakan daripada sekarang.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen