Jangan Biarkan Isteri Anda Mengangkat Barang Berat Keseorangan. Jom Baca Cara Betul Untuk Mengangkat Barang Berat.

 

Secara saintifiknya kaum wanita tidak digalakkan untuk mengangkat barang yang terlalu berat sehingga memudaratkan diri sendiri. Perkara sebegini harus diminta pertolongan dari kaum lelaki kerana ia agak membahayakan kesihatan dalam tubuh badan dan berisiko tinggi pada kaum wanita.

Bukannya kaum wanita mahu kelihatan lemah atau tidak terdaya dihadapan kaum lelaki, tetapi ia sudah terbukti secara saintifik seperti…

PENYAKIT HERNIA.

Penyakit hernia adalah penyakit di dalam perut. Ia terjadi kerana menerima tekanan yang berlebihan dan secara berterusan, seperti mengangkat barang berat setiap hari dan setiap jam tanpa henti. Ia merupakan penyakit dimana lapisan dinding perut ada yang pecah sehingga mengakibatkan munculnya gelembung pada perut dan bengkak.

Tanda anda terkena hernia adalah apabila timbulnya benjolan pada permukaan perut. Situasi ini akan menyebabkan dinding abdomen anda menjadi semakin lemah. Benjolan tersebut adalah usus yang terkeluar dari jalur dan berupaya menembusi bahagian lain iaitu bahagian pusar hingga ke lipatan peha yang mendekati femoral.

GANGGUAN KEHAMILAN.

Penelitian oleh Harvard T.H.Chan School of Public Health mengemukakan bahawa wanita yang bekerja seharian yang sering mengangkat beban yang berat, akan sukar untuk hamil pada umumnya. Nisbah wanita yang bekerja mengangkat bebanan yang berlebihan adalah 50% lebih sukar untuk hamil, daripada wanita yang hanya bekerja biasa menghadap komputer setiap hari, iaitu 20% (sukar untuk hamil).

Ini kerana bebanan yang berat akan menganggu keseimbangan hormon dalam tubuh badan wanita terutamanya organ reproduksi(peranakan).

SKOLIOSIS.

Image result for skoliosis

Selain daripada itu, wanita yang sering mengangkat barang berat akan mengalami penyakit skoliosis. Ia terjadi kerana mengangkat barang berat pada posisi badan yang salah. Antara tanda-tanda anda mengalami scoliosis adalah merasa sakit ketika duduk, pada saat berdiri dimana tulang belakang hingga ke pinggul berasa sengal.

Gejala lainnya seperti kaki akan berasa kebas dan lemah, kemudian hujung saraf menjadi tertekan, dan adanya gangguan buang air kecil mahupun buang air besar.

Oleh itu para suami semua, pastikan isteri anda mengangkat barang dengan cara yang betul iaitu…

1. Jangan mengangkat barang dengan terus membongkok. Tabiat tersebut menyukarkan badan untuk stabil dan menggunakan daya yang tinggi pada bahagian tulang belakang serta pinggang.

2. Duduk mencangkung, jarakkan kaki mengikuti jarak bahu, sebelah kaki letakkan sedikit kehadapan.

3. Pastikan jarak anda dan barang rapat.

4. Kekal postur badan yang tegak dan angkat barang perlahan-lahan dengan menaikkan lutut dan punggung. Pastikan badan anda tegak bukan membongkok.

5. Pegang barang rapat dengan badan anda dan separas dengan pusat perut.

6. Gunakan cara yang sama untuk letakkan barang. Jangan membongkok!

Hati-hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,952 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen