Ketahui 8 Faktor Kenapa Bank Menolak Permohonan Pinjaman Perumahan Anda.

 

Setiap orang ingin memiliki rumah sendiri, tidak perlu menyewa dan atas nama sendiri. Barulah boleh banggakan diri sendiri dengan penat lelah berkerja kumpul duit siang malam. Namun begitu, tidak mudah untuk membeli rumah buat kali pertama ini.

Dan paling menyukarkan adalah lakukan pemohonan pinjaman perumahan yang belum tentu ada jaminan diterima bank buat kali pertama. Tapi jangan risau, jangan mudah putus asa. Mari baca perkongsian dari saudara Amir Syahir ini, mengapa bank tolak pemohonan anda.



Memiliki rumah adalah hasrat semua individu. Penat lelah bekerja selama ini ada hasilnya. Balik kerja, tengok rumah bayar bulan-bulan akhirnya jadi milik kita. Bukan selamanya jadi penyewa. Bayar bulan-bulan bukan jadi milik kita pun akhirnya.

Membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank ada yang mudah lulus, tidak lupa juga, ada yang sukar lulus. Tak hairan ada juga kes yang tak pernah-pernah lulus.

Jadi kenapakah perkara ni berlaku? Semakin tahun, bank akan lebih ketat. Antara sebab pihak bank tolak pemohonan kita adalah;



1. Kekuatan Kewangan.

Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan. Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan. Jangan tinggal berbelas ringgit je akhir bulan. Ansuran PTPTN pun tak mampu nak bayar, mana mungkin bank akan luluskan pinjaman perumahan. Tabiat menyimpan pun penting.

2. Rekod CCRIS.

Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman tak begitu cun. Tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat. Rekod ini boleh disemak di Bank Negara Malaysia ataupun secara atas talian di www.creditbureau.com.my.

3. CTOS.

Cuba semak rekod CTOS. Biasanya mereka tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin. Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia kena disenarai hitam.

4. Profail Individu.

Tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap. Pegawai bank menguruskan pinjaman perumahan mungkin ada 40-50 permohonan perlu disemak. Jadi kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu. Senaraikan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja dan sebagainya dengan lengkap.



5. Pekerjaan

Dengan ekonomi tidak menentu, amat penting bank menyemak di manakah kita bekerja. Pengalaman kerja dan tempoh bekerja. Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tidak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.



6. Profail Kewangan.

Senaraikan dengan lengkap:

Pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan)

Komitmen/hutang (pembiayaan peribadi/kereta/kad kredit/ koperasi/dan lain-lain)

Pelaburan (ASB/emas/perak/ unit amanah/saham dan lain-lain)

Simpanan (bank/tabung/tabung haji/KWSP/dan lain-lain)

Cukai/zakat

Sedia bukti dokumentasi pendapatan/pelaburan/simpanan

Jika perkara ni kita buat sambil lewa sahaja, kemungkinan permohonan kita ditolak.

7. Lokasi.

Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tersebut berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan. Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju disenarai hitam oleh kementerian dan agensi berkaitan.

8. Skor Kredit.

Skor kredit berdasarkan analisis/tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS. Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang. Antara dinilai, rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit dan sebagainya.



Aku bukan arif sangat tentang prosedur bank, tapi sering bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan dan membaca pengalaman orang supaya menjadi pengajaran pada aku di masa hadapan.

Jika kita gagal mendapatkan pinjaman perumahan di bank, cuba lagi bank lain. Banyak lagi bank. Tiap bank punyai SOP mereka tersendiri.

Akhir kata, berkawan dahulu dengan kawan kau siang malam bercerita pasal vape, bercerita pasal novel cinta, lepak kedai kopi mahal tu, bila sudah masuk 30 tahun baru cari kawan kerja bank ataupun kawan dalam bidang hartanah ni ya!

Harap pegawai bank pernah uruskan pembiayaan pinjaman perumahan boleh tambah lagi sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak. Boleh dijadikan panduan pada anak muda di masa akan datang. Terima kasih.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,681 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen