12 Tips Berjimat Untuk Majlis Pertunangan Yang Mewah.

 

Telah menjadi trend pada masa ini, apabila ingin mengikat tali pertunangan, maka perlulah anda sedikit majlis untuk memeriahkan lagi pada ketika itu. Tidak kiralah ia dilakukan secara besar-besaran atau sekadar kecil-kecilan, pasti ingin ada majlis. Mana tidaknya, kalau tidak ada majlis, ditakuti akan jadi buah mulut macik bawang pula kan?

Jadi walaupun ingin buat kecil-kecilan tetapi ia memerlukan kos perbelanjaan. Selalunya hanya majlis perkahwinan sahaja yang kita fikirkan untuk berjimat, kali ini kita berjimat dari segi majlis pertunangan pula.





1. Barang hantaran.

Perkara yang paling mendapat perhatian biasanya adalah barang hantaran daripada yang akan diletakkan diruangan nanti. Pasti ramai yang ingin tahu berjenama atau tidak. Jangan fikirkan perkara tersebut. Pilih jenama cap ayam pun okay, sebab nanti guna juga bukan nak buat berhiasan. Dan kalau boleh barang hantaran itu jangan terlalu banyak.

Cukuplah sekadar Nampak meriah sahaja. Banyak-banyak pun nanti akan berlaku perbaziran sahaja. Dia pun belum tentu jadi suami atau isteri anda.



2. Buat sendiri pelamin.

Kalau nak sewa pelamin ini sudah tentulah ia akan makan kos RM 200-500, itu pun yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Jadi dari membazir, adalah lebih baik untuk DIY sendiri bersama adik beradik atau makcik pakcik. Barulah hubungan bertambah erat disertakan sekali dengan bajet pelamin yang jimat. Sebagai contoh, gunakan barangan yang telah sedia ada dirumah seperti kerusi.

Jika ingin lagi jimat, hias sahaja bilik anda dan sesi sarung cincin nanti lakukan dibilik. Macam dulu-dulu.



3. Buat di dalam rumah/ pinjam kemah JKKk.

Jika anda tinggal di kampung, mungkin kawasan rumah anda akan sedikit luas dan ruang di dalamnya juga boleh memuatkan 10-15 orang di dalamnya. Maka tidak perlulah anda menyewa kemah untuk tetamu yang hadir makan.

Melainkan jika anda tinggal di bandar, mungkin anda akan perlukan kemah untuk dijadikan tempat tetamu menjamu selera. Namun begitu, jangan sewa kemah tapi pinjam dari AJK surau ataupun persatuan-persatuan di tempat tinggal anda.

4. Guna rakan sebagai photografer/ guna handphone.

Walaupun bertunang pasti ingin mempunyai kenang-kenangan, maka dengan itu perlulah ada jurugambar. Untuk menjimatkan bajet anda, bolehlah anda meminta rakan anda menjadi jurugambar anda. Itupun jika dirinya mahu berikan harga kawan-kawan ataupun diberikan harga discount. Tapi kalau tidak dapar sebegitu, boleh sahaja anda guna telefon bimbit anda sendiri. Untuk apa miliki telefon bimbit canggih tapi anda tidak gunakan pada saat ini.



5. Cincin.

Tak lengkaplah majlis pertunagan jika tidak ada cincin sebagai tanda mengikat pasangan. Pemilihan cincin ini juga penting untuk kurangkan bajet majlis ini.

Buat wanita jangan terlalu demand nak cincin yang sebesar ataupun permata yang sebesar batu jalan. Cukup jika anda mempunyai cincin yang sesuai untuk majlis ini. Yang lelaki, kenalah pandai berbincang dan bermanis mulut untuk pujuk bakal tunang itu.

6. Makeup sendiri.

Nak kelihatan sedikit berseri wajah pada hari bersejarah ini, pastilah perlu kenakan sedikit makeup. Jadi gunakanlah barang makeup yang anda ada itu dengan sebaiknya. Tak payah nak upah-upah orang dah, jimat sikit kos disini. Tapi kalau tak pandai makeup sendiri, mungkin boleh minta bantuan dari rakan atau kakak mahupun adik. Pasti ada yang pandai punyalah.



7. Bajet untuk makanan.

Bila dah buat majlis ini sudah tentulah ada makanannya. Jadi dengan itu, pastikan anda buat senarai berapa ramai tetamu akan hadir dan tidak lupa juga hidangan yang akan dihidangkan nanti. Pastikan anda tidak membazir kesemua makanan itu dan yang paling penting bajet makan ini tidak berlebihan.



8. Rewang.

Nak lagi jimat, apa kata anda kerah semua tenaga yang ada di rumah anda itu. Mintalah pertolongan ibu bapa, adik beradik, saudara mara serta rakan-rakan untuk bergotong royong untuk memasak jamuan pada majlis anda itu. Dekat sini anda sudah jimat sikit upah sebab penggunaan tenaga dari luar.

9. Baju jahit sendiri.

Apabila niat ingin berjimat ini sudah tentulah anda tidak boleh sewa baju yang agak mahal dan kalau nak beli pun biar harganya tidak melebihi RM100. Barulah ia bersesuaian dengan bajet. Anka lagi jimat jahit sahaja baju pertunangan anda sendiri, barulah anda boleh ikut suka untuk buat design yang kelihatan mewah. Yelah, biasanya baju beli ini kalau nak kelihatan mewah harganya pun agak mahal.

10. Hantaran gubah sendiri.

Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan pertunangan anda, gubahan hantaran anda perlulah lakukan dengan sendiri. Tak payah nak tempeh atau suruh orang lain melakukannya untuk anda. Jika anda lakukan sendiri anda jimat dari segi upah dan barang. Tapi kalau anda membayar orang untuk melakukannya pasti upah serta barangan anda akan melebihi bajet anda.



11. Bagi doorgift simple.

Tak akan tetamu yang hadir akan pulang berlengang pulakan. Pasti perlu ada buah tangan untuk mereka. Beli buah tangan yang mengikut kemampuan dan bersederhana. Tidak perlu yang berlebih-lebih kerana ini baru majlis bertunangan bukan majlis perkahwinan.

12. Minta sponsor dari ibu bapa.

Tak nak lari bajet dan tak nak keluarkan belanja yang banyak, pastikan anda meminta sponsor dari ibu bapa anda ataupun mak cik pak cik anda. Pasti akan jimat lebih banyak.

Nak buat majlis sempena hari bahagia kita ini sememangnya perlu meriah tapi ia perlu bersesuaian dengan bajet anda juga. Jangan sampai ia membebankan anda serta orang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen