Cara Menjaga Kulit Dengan Betul Daripada Sinaran Matahari.

 

Sinaran matahari ini sememangnya baik untuk kulit, tapi jika berlebihan ia akan membawa pada kepada diri sendiri. Sebab itulah pentingnya penggunaan sunscreen mahupun sunblock ini. Tidak hanya pada kulit wajah, tapi ia juga penting pada bahagian yang lain. Radiasi yang terdapat di UVA dan UVB dari matahari, boleh merosakkan rangkaian DNA kulit, yang boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit!



1. Jangan lupa pakai krim pelindung matahari walaupun anda terlindung daripada matahari.

Walaupun berada dalam rumah anda digalakkan memakai krim pelindung matahari, jika sinaran matahari mampu menembusi tingkap rumah. Teliti terutamanya pada hari-hari anda akan memandu, sinar UVA boleh menembusi kaca depan kereta dan tingkap.

2. Jangan hanya pakai krim pelindung matahari di muka sahaja.

Walaupun anda tidak berada di pantai atau kolam renang, ia adalah sangat penting untuk memakai krim pelindung matahari di tangan, siku, lengan, bibir, telinga, kiranya keseluruhan anggotan badan. Kawasan ini juga menerima pendedahan matahari dan bukan sahaja cepat untuk menunjukkan tanda-tanda penuaan, mereka juga terdedah kepada kanser kulit.

3. Jangan anggap krim pelindung matahari ‘waterproof’ akan tahan sepanjang hari.

Formula ini akan hilang selepas 30 minit atau bila anda berendam di dalam air atau selepas berpeluh berlebihan. Krim juga dengan mudah disapu apabila anda berada dalam keadaan tuala-kering selepas berenang.

4. Jangan panik jika kulit anda terbakar/sunburn.

Jika kulit anda terbakar, jangan cepat panik kerana ianya boleh dirawat dengan mudah, cuba aplikasikan krim pelindung matahari sebagai contoh Mentholatum Sunplay After Sun Gel.





5. Hindari waktu puncak -matahari tengah pacak atas kepala.

Hindari berada di luar pada pukul 10.00 pagi hingga 4 petang. Jika pekerjaan anda mengharuskan anda untuk berada di bawah sinar matahari pada jam-jam tersebut, gunakan kacamata hitam dan topi untuk menjaga agar kulit wajahmu tidak terbakar dan terkena flek-flek hitam.

6. Pakai pakaian yang melindungi daripada sinaran matahari.

Terdapat fabrik yang mampu memberikan perlindungan matahari. Wanista syorkan anda mengenakan baju lengan panjang, seluar, topi, dan juga cermin mata hitam.

7. Pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.

Seeloknya, bersihkan wajah dan gunakan krim pelindung matahari (minimal SPF 30). Ulangi pemakaian setiap 30 minit-1 jam. Jangan lupa juga siapkan payung jika diperlukan. Kalau boleh elakkan membasuh muka dengan air dingin bila berada di bawah sinaran matahari. Biarkan wajah berada dalam suhu ruangan sebelum membersihkan wajah.

8. Minum air yang banyak.

Perlindungan dari dalam sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit. Pastikan kulit kamu sentiasa terhidrasi dengan baik dengan mengambil air sekurang-kurangnya 1 gelas setiap 30 minit. Kulit yang terhidrat lebih tahan terhadap kesan cahaya matahari berbanding kulit yang kering.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,366 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen