Baru Kali Pertama Nak Beli Rumah? Ini 40 Tips Yang Perlu Anda Ketahui.

 

Ramai yang menyimpan angan-angan untuk membeli sebuah rumah. Buat anak muda yang masih lagi membujang ataupun sudah berumahtangga pasti akan menyimpan angan-angan sebegini. Ada yang dah mula buat simpanan dan ada juga sudah mula mencari kawasan yang bersesuaian.

Nak beli rumah ini bukan mudah, jadi sebelum membeli itu sudah tentulah perlu buat penilaian dahulu sebelum bersetuju untuk langkah seterusnya. Jom baca 40 tips ringkas beli rumah yang telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini.



40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH

Saya pernah tulis dulu ini sebagai ulang kaji semula tatapan kita.

1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat.

2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap.

3. Beli yang berpotensi untuk disewakan.

4. Beli, sewakan dan simpan.

5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli.

6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif.

7. Jauhi Kawasan yang negatif.

8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

9. Jika mampu, beli unit Corner Lot.

10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni.

11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu.

12. Beli mengikut kemampuan atau bajet.

13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi.

14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.

15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup.



16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi.

17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun.

18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang.

19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya.

20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa.

21. Hartanah yang orentasi matahari betul.

22. Hartanah orentasi kiblat baik.

23. Hartanah menghadap hijau dan air.

24. Ruang siling yang tinggi.

25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia.

26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar.

27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir.

28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ 'BLACK AREA'.

29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya.

30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi.

31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang.

32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa.

33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.

34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.

35. Jangan beli kerana emosi.

36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.

37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.

38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama.

39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita.

40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.

Buat pemilihan yang bijak, nilai dahulu sebelum membuat keputusan. 



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen