Antara Senaman Yang Selamat Untuk Si Isteri Yang Bakal Mengandung.

 

Senaman bukan sahaja untuk mereka yang masih bujang dan sihat, tetapi boleh sahaja dilakukan oleh ibu mengandung. Senaman ketika mengandung untuk memastikan tubuh badan kaum wanita mempunyai stamina dan tenaga supaya tidak lesu dan lemah sepanjang hari.

Jangan pula melakukan senaman yang berat seperti anda ketika bujang dahulu, lakukan senaman yang elok dan selamat seperti berikut…

1. Yoga.

Image result for yoga

Pergerakan dalam senaman yoga sangat baik untuk release segala tekanan pada sendi terutamanya. Kajian juga mendapati yoga beri manfaat bukan sahaja si ibu malah bayi dalam kandungan. Jika anda mengamalkan yoga semasa mengandung ia dapat memperbaiki masalah tidur, menambah kekuatan, kelenturan dan ketahanan otot semasa bersalin.

2. Berenang.

Related image

Untung mereka yang pandai berenang dah boleh dikira sebagai bersenam. Ia sangat bagus untuk jantung dan menjadikan ia lebih efesien mengepam darah. Malah peredaran darah lebih lancar dan meningkatkan kadar oksigen dalam darah.

3. Gerakan Kardio Mudah.

Image result for elliptical

Jangan nak mengada untuk berlari atas treadmill, ia boleh beri anda risiko sakit lutut dan tergelecet. Guna sahaja alatan di gim seperti ellipticals atau cukup hanya dengan berjalan kaki. Biar kasi badan berpeluh sikit!

4. Angkat Berat.

Senaman seperti ini sesuai apabila kandungan sudah mencecah matang. Ia khususnya untuk melawan sakit belakang dan menguatkan bahagian abdomen. Malah angkat berat juga untuk menambah stamina si ibu mengandung. Jangan lakukan sendiri, biar ada pengawasan dari suami atau rakan-rakan.

Bukan tak kasi gemuk ketika mengandung, naik berat untuk stamina kandungan itu bagus, yang jadi tak bagus bila gemuk ketika mengandung penyebab kolesterol dan kencing manis. Kan dah bahaya tu!

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen