Adakah Wajar Bank Menyekat Bekas Suami Yang Tidak Memberi Nafkah Kepada Bekas Isterinya?

 

“Bekas suami tak bayar nafkah berdepan tindakan sekatan bank” kata Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa. Menurut beliau lagi kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.

“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.

“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah di sini hari ini.

Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.

“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.

“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.

********

Isu ini juga mendapat perhatian daripada masyarakat terutamanya golongan wanita, dah salah seorang darinya adalah dari Puan Nik Salida Suhaila

Mungkin boleh menjadi mekanisma alternatif untuk membantu seorang suami dan ayah melunaskan tanggungjawab.

Namun, advokasi memperkasakan wali bukan hanya bermula setelah mereka bergelar seorang suami atau ayah, tetapi seawal mereka mumayyiz. Tidak adil untuk menyalahkan mereka sepenuhnya apabila mereka lari dari tanggungjawab apabila dewasa.

Justeru, para ibulah yang sepatutnya mencorakkan mereka dari awal untuk menjadi qawwam (pemimpin, penyedia, pelindung, penyelamat dan pembimbing) kepada keluarga yang bakal dibina kelak.

Tugas ini menjadi lebih mudah sekiranya wali mereka juga yang menjadi qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik) dalam keluarga, di samping bimbingan seorang ibu yang solehah. Ya, suami mencukupkan nafkah dan isteri melengkapkan hadhanah. Indahnya hidup berumahtangga dan berkeluarga apabila masing-masing saling menyempurnakan.

********

Pembelaan sebegini pasti dinanti-nantikan oleh golongan wanita yang bergelar janda dan teraniaya. Berkemungkinan memiliki anak yang ramai pasti menyukarkan untuk mencari sesuap nasi, dan khuatir pendidikan anak-anak menjadi terabai. Bukan itu sahaja, emosi anak-anak juga terganggu yang akhirnya mahu berhenti sekolah untuk menolong ibunya mencari rezeki.

Jadi, adakah wajar bank membuat tindakan sebegini? Sama-sama kita lihat pelaksanaan ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,149 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen