Masalah Mulut Berbau Buat Pasangan Menjauh, Ikuti Cara Hilangkan Masalah Ini Tanpa Berjumpa Dentist.

 

Masalah mulut berbau ini sering kali akan menghilangkan keyakinan seseorang. Terutama jika ingin memulakan satu perbualan dengan orang yang baru sahaja dikenali. Nak-nak lagi ditambah dengan gemuruh hilang terus keyakinan dan keberanian yang ada.

Nafas berbau ini berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya ialah merokok, pengambilan makanan bergula berlebihan, penggunaan gigi palsu, penyakit gigi dan gusi dan lain-lain lagi. Selain itu juga, pengambilan makanan yang berbau juga turut menyebabkan mulut anda berbau, sebagai contoh petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol.



Namun begitu jangan terlalu bimbang bagaimana untuk menyegarkan kembali nafas anda. Berikut adalah cara-caranya.



1. Berkumur dengan cuka epal dan air. Lakukan pada waktu pagi dan malam, ia akan membantu menyegarkan nafas anda dengan kadar segera.

Bagaimana cara untuk melakukannya adalah dengan mengambil satu atau dua sudu cuka epal dan campurkan dengan sedikit air. Berkumur selama 3 minit pada waktu pagi. Kemudian bilas semula dengan air yang biasa.



2. Cara seterusnya untuk menghilangkan nafas berbau pasti sangat mudah! Hanya mengunyah gula getah tanpa gula dengan rasa pudina yang segar.

Mengunyah gula getah sememangnya boleh menyegarkan nafas anda. Ia akan lebih berkesan apabila anda memilih yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Pilih yang mempunyai rasa pudina yang agak kuat baunya. Selain menghilangkan bau mulut, gula getah juga boleh mengekalkan air liur yang sihat di dalam mulut dan tetak.



3. Minyak kelapa bukan sahaja berguna untuk memasak. Gunakan ini untuk membilas, tahap nafas anda adalah aroma yang lebih baik dan bebas daripada bakteria.

Ambil satu sudu minyak kelapa, kemudian gunakannya untuk membilas selama 5-10 minit dan meludahkannya semula. Seterusnya, gunakan air suam untuk membilas baki minyak yang tersisa di dalam mulut.





4. Digalakan memakan epal pada waktu pagi sebelum bersarapan.

Amalkan memakan buah epal pada waktu pagi tersangatlah baik. Hal ini kerana epal adalah antara buah yang memiliki seribu kebaikan. Apabila anda memakan buah ini, ia akan membantu anda membersihkan salur usus serta membuang racun dan toksid dengan cara yang lebih pantas.



5. Anda juga boleh mencuba meminum air daun pudina. Pasti nafas anda akan segera berbau segar.

Baru ambil bau sahaja dan boleh agak kesegaran nafas anda apabila meminum air ini. Daun pudina ini bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan juga antivirus. Sebab itulah ekstrak daun pudina ini digunakan ke dalam pembuatan ubat gigi.



6. Amalkan meminum air kosong yang secukupnya juga membantu menghilangkan mulut berbau.

Kebaikan air kosong ini tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan tubuh badan, pengambil air ini 8 gelas sehari mampu mengawal bau nafas anda.



7. Bunga Cengkih juga turut boleh menyegarkan bau mulut anda ye, ia tidak hanya boleh digunakan sebagai rempah masakan sahaja.

Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

Jadi apa tunggu lagi. Tersangat mudah untuk menghilangkan nafas dan mulut berbau ini. Selepas ini pasangan anda tidaklah berjauhan dari anda sahaja. Selain eratkan hubungan, ia juga menjimatkan bukan?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen