“Asal Stress Je, Mesti Rasa Nak Makan Cokelat..” Tips Nak Elakkan Craving Makan Makanan Manis Apabila Tertekan.

 

Cokelat dan kaum wanita pasti tidak dapat dipisahkan. Terlalu menginginkan makanan manis seperti cokelat sering terjadi pada kaum wanita kerana perubahan hormon di dalam badan. Tidak kira ketika sedang marah, sedih, menangis atau stress, pasti makanan manis ini menjadi pilihan kerana mudah didapati, malah mudah juga dibawa ke mana sahaja.

Bayangkan jika teman lelaki atau suami anda pula seorang yang terlalu baik hati dan sentiasa manjakan diri anda atau layan sahaja sikap anda yang swing mood itu, pasti anda akan makan makanan manis yang berlebihan. Situasi ini pasti amat tidak menyihatkan badan anda, jika terlalu banyak kandungan gula dalam badan.

Sebelum tubuh badan anda menjadi tidak sihat dan memudaratkan, anda perlu…

1. Perbaiki jadual makan.

Jangan biasakan diri anda untuk tidak mengambil sarapan. Sarapan adalah penting untuk setiap manusia kerana untuk memastikan anda tidak selalu makan snack jika sedang lapar. Jika pada awal pagi anda skip sarapan dan tiada pemgambilan protein, badan akan menjadilemah dan lesu, dan anda mula berfikir untuk minum cafein atau makan cokelat supaya bertenaga.

Malah, makan secara teratur boleh menstabilkan paras gula dalam darah sekaligus mengelakkan dari teringin mengambil gula.

Image result for food schedule

2. Jangan ada stok manisan.

Sejak sudah bekerja ni, anda pasti akan membeli banyak stok makanan ringan dan manisan untuk snack di pejabat bukan? Mula dari sekarang, hentikan tabiat tidak sihat anda ini kerana ia pasti mengundang berat badan yang mudah naik. Nanti mula salahkan kerja sendiri, kerana hanya duduk menghadap komputer sahaja, padahal mulut tidak henti-henti mengunyah cokelat.

Image result for snack

3. Elak makanan proses.

Individu yang sentiasa craving makanan manis dan makanan proses ini menandakan badannya tidak cukup nutrisi, vitamin dan semua kebaikan sumber pada makanan. Berlebihan gula dalam badan juga menandakan anda sudah ketagih dengan makanan tersebut sama seperti individu yang ketagih pada heroin dan seumpama dengannya. Adakah anda mahu menjadi begitu?

Image result for makanan proses

4. Naikkan mood happy anda.

Oleh kerana itu, elakkan anda tidur pada waktu malam dalam keadaan yang tertekan atau sedih. Jika anda berpasangan, elakkan bergaduh dengan mereka sebelum waktu tidur kerana ia pasti menganggu mood anda pada waktu pagi. Jika bangun pagi sahaja mood tak okay, sudah pasti anda tiada selera nak makan, atau hanya mencapai makanan proses atau mana-mana makanan manis yang senang dicapai.

Jadi, jangan lupa untuk naikkan mood anda setiap pagi, okay?!

5. Minum air putih.

Dan yang paling penting adalah, minum air putih/masak/mineral. Pasti anda pernah terasa, selepas makan makanan manis sahaja, mesti terasa haus, kan? Ini menandakan badan anda sebenarnya kurang nutrisi atau air sebenarnya. Jika anda minum air putih secara konsisten, pasti anda tidak craving sangat dengan makanan manis.

Image result for lelaki minum air

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 305,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen