“Walaupun Gaji Lagi Rendah, Jangan Pelik Dia Mampu Miliki Sebuah Rumah” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Hartanah pada ketika ini semakin melambung naik harganya, namun banyak orang masih lagi leka dengan dunia mereka yang tersendiri tanpa memikirkan masa hadapan. Pada ketika ini rumah yang kecil sudah mencecah ratus ribu, itu belum lagi akan perkara-perkara yang lain yang semakin meningkat naik harganya.

Jika terlalu hanyut dengan sikap suka membazir dengan perkara yang bukan keperluan, malah hanya ingin memuaskan kehendak sahaja. Pasti agak sukar untuk menyimpan dan mengumpul wang untuk membeli sebuah rumah. Tidak cukup dengan itu, keinginan untuk mengikuti trend gaya hidup ini juga akan menyukarkan anda untuk menyimpan wang.



Tidak kiralah niat anda menyimpan wang untuk berumahtangga atau ingin membuat persediaan dikemudian hari, kedua-duanya perlukan anda mengurangi keinginan anda terhadap sesuatu perkara. Mari baca sedikit pesanan dari saudara Amir Syahir ini.

Jangan Pelik

*************

"Aku pelik la tengok Aus tu. Gaji sama macam kita je. Tapi banyak juga simpanan dia".

"Aku pelik la ngan Keknis tu. Gaji bawah tiga ribu pun boleh beli banyak rumah. Aku gaji empat ribu ni pun susah nak beli rumah".

***

Ya tuan-tuan dan puan-puan. Kau jangan pelik la tengok orang gaji sama ataupun rendah daripada kau ada banyak simpanan. Ada banyak rumah.

Kau tak tahu banyak pengorbanan yang dia telah buat. Mesti banyak kehendak yang dia tangguhkan sampai ada banyak simpanan wang dan mampu beli banyak rumah.

Ada beza tabiat dan usaha kau dengan dia. Antaranya;

1. Dia pergi kerja naik motosikal, kau pergi kerja naik Honda City.

2. Dia bawa bekal ke pejabat. Kau makan pagi pun habis sampai RM10.

3. Dia tiap minggu ada buat kerja sampingan. Kau bangun pukul 11 pagi lepastu keluar lepak dengan awek.

4. Dia makan kedai biasa-biasa. Kau makan nak kedai hipster je. Lepastu upload gambar dekat IG.

5. Dia simpan duit sebelum berbelanja. Kau simpan resit lepas bebelanja. Lepastu menyesal beli barang banyak-banyak.



6. Dia buat pelaburan mudah seperti ASB, TH, unit amanah. Kau kata semua tu haram dan merugikan.

7. Dia bercuti dalam negara. Kau nak bercuti luar negara je. Padahal hutang member tak reti nak bayar.

8. Dia tak kejar barang jenama. Kau nak yang limited edition je. Nak yang barang jual dekat butik je.

9. Dia tak gilakan gajet macam kau. Kau tu semua nak ada. Nak yang terkini je. DSLR, GoPro, Iphone 8, Macbook.

10. Dia banyak sedekah. Kau tu nak sedekah RM1 dalam tabung masjid pun susah.

***

Kau duk sekeliling orang suka boros belanja, suka enjoy sakan, suka travel, suka modified kereta je, mana duit kau cepat habis. Nak simpan pun tak sempat terus jadi tinggal kenangan.

Kau sanggup ikat perut dan hidup di bawah kemampuan dan tangguhkan kehendak buat seketika?

Tabiat dan mindset kau kena tukar la. Takkan nak masuk umur 40 tahun baru kau nak mula menyimpan kan.

Jadi, jangan pelik jika dia mampu beli banyak rumah dan mempunyai banyak simpanan walaupun gaji dia biasa-biasa saja. Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Semuanya terletak pada diri kau sendiri.

Mohon berubah. Kah!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,957 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen