Jodoh Yang Tepat Akan Datang Pada Waktu Yang Tepat.

 

Ada sahaja dikalangan kita mempersoalkan, wujudkah bertemu dengan seorang yang tepat tetapi pada masa yang salah? Bagaimana anda boleh mengatakan bertemu jodoh pada waktu yang salah, masakan jodoh itu adalah rezeki dari Allah SWT? Jika benar Allah menemukan anda dengan seseorang yang salah, itu bukan lah jodoh anda, itu adalah ujian dari Allah untuk menduga anda.

Anda perlu yakin bahawa ada masanya nanti, waktu yang tidak akan terjangka, seseorang akan dapat melihat kewujudan anda. Ketika itu anda merasakan ia seperti dalam khayalan dan di kayangan. Anda berasa seolah-olah dalam mimpi apabila bertemu dengan seseorang yang dapat menerima kehadiran anda dalam hidupnya.

Setiap insan mempunyai liku kehidupan yang berbeza.

Sekiranya sahabat anda telah menemui jodoh dan berkahwin lebih awal dari anda, tidak semestinya hidup anda juga sama seperti mereka.

Dugaan anda dengan sahabat juga berlainan, ini kan pula rezeki yang diberi oleh Ilahi.

Jangan terlalu terburu-buru untuk bercinta dan berkahwin. Jangan terlalu terburu-buru untuk mencari teman kerana anda kesunyian. Anda perlu tahu bahawa anda mempunyai hak untuk hidup dengan bahagia. Jika anda tahu tentang hak tersebut, pasti anda tidak tergopoh-gopoh mencari jodoh semata-mata mahu menutup kesunyian.

Nilai sikap anda sendiri terdahulu, berapa lama orang asing untuk mengenali anda? Mengambil masa yang berapa lama untuk seseorang tersebut dapat mengenali anda? Adakah anda ini seorang yang sangat merumitkan sehingga tiada siapa dapat memahami anda?

Sehingga anda merasakan, sampai bila-bila pun tidak akan bertemu jodoh kerana anda ini sukar untuk difahami.

Ini terjadi kerana anda sendiri pun tidak dapat mengenali dan memahami diri sendiri, jadi sudah tentu secara tidak langsung sebenarnya anda tidak memberi peluang pada orang lain untuk mengenali anda.

Jangan terlalu seksa diri sendiri.

Pasti satu hari akan hadirnya seseorang dapat melihat kewujudan anda disebalik orang ramai. Tidak kira sama ada anda merasakan diri anda tidak cantik, tidak putih, tidak tinggi persis model, tidak bijak seperti graduan yang lain, kerana setiap kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang anda sendiri tidak sedari.

Kelebihan tersebut hanya mampu dilihat oleh si dia, dimana anda akan dapat merasakan, adakah jodoh anda datang pada waktu yang tepat?

Berkenaan dengan jodoh, bukan hanya pada pihak lelaki sahaja yang dapat merasakan perasaan tersebut, wanita juga akan dapat merasakan lelaki tersebutlah dapat membimbing mereka. Jika hanya lelaki tersebut merasakan perasaan itu seorang, namun wanita tidak merasakan apa-apa perasaan, sudah tentu hubungan yang terjalin tidak sampai ke tahap yang serius.

Jangan terlalu menghukum diri sendiri. Jangan terlalu menilai diri sendiri. Jangan terlalu memandang rendah pada diri sendiri. Jodoh yang tepat akan datang pada waktu dan masa yang tepat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen