7 Ciri-Ciri Wanita Complicated. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini?

 

Kaum wanita adalah individu yang complicated atau merumitkan kerana sering terpengaruh dengan emosinya. Emosinya pula sering terganggu dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tidak ramai dikalangan kaum wanita yang boleh bertindak secara rasional, kerana ia seolah-olah bukan normal. Jika ada kaum wanita yang boleh bertindak secara normal dan seimbang hormonnya, pasti ia adalah diluar jangkaan.

Jom lihat ciri-ciri wanita yang complicated ini…

1. Mahukan pujian setiap hari dari pasangan.

Wanita adalah makhluk yang sentiasa mahukan pujian. Bagi mereka tanpa pujian hidupnya seperti tiada jiwa dan kosong. Bukan sahaja pujian daripada teman lelaki atau suami, baca quote motivation dari sosial media juga sudah dapat membangkitkan hidupnya.

2. Mahukan kata-kata cinta dari pasangan setiap hari.

Jika pasangan tidak mengungkap kata-kata cinta atau terlupa, pasti wanita ini akan merajuk sepanjang hari. Sudah pasti si dia tahu yang pasangannya mencintai dan sayang pada dirinya, cuma dia mahu mengada-ngada atau bermanja dengan pasangannya sahaja.

3. Terlalu sensitif.

Mereka juga adalah makhluk yang sensitif kerana hantinya yang lembut. Tetapi jaga-jaga mereka akan menjadi lebih sensitif ketika hampir pada kitaran period. Sama ada seminggu lebih awal, atau seminggu lepas period. Tetapi ramai lelaki mengatakan mood normal wanita hanya seminggu sebulan? Betulkah?

4. Marah jika pasangan tidak ingat tarikh penting, disuruh untuk diingatkan tetapi suruh pasangan ingat sendiri.

Oleh kerana mereka amat sensitif sudah tentu mudah mengingati tarikh-tarikh penting. Wanita yang sedang hangat bercinta juga lebih tajam pemikirannya dan senang ingat segala memori, menurut kajian. Jika pasangannya tidak ingat tarikh penting tersebut, pasti mereka akan merajuk minta dipujuk.

5. Hanya mereka yang betul.

Lelaki akan meminta maaf setiap kali berlaku pergaduhan kerana malas memanjangkan pergaduhan tersebut. Tetapi wanita, walaupun sudah berkali lelaki meminta maaf, rajuknya masih lagi belum reda. Apa yang mereka mahu dengar adalah semua kenyataannya adalah benar.

6. Nak diet tapi suka makan.

Tidak dapat dinafikan wanita memang suka makan disaat gembira, sedih, marah dan terutamanya stress. Apabila mereka sedar telah makan dengan begitu banyak, mereka akan menyesal kerana ia pasti menggemukkan mereka satu hari nanti. Dan setiap hari mahu mengeluh untuk diet, tetapi masih tidak mahu exercise.

7. Suka membuat pelbagai andaian.

Kaum wanita memang tak lari untuk membuat pelbagai andaian terutamanya pada pasangan. Pasangan pulang lewat dari kerja disangka ada skandal. Pasangan tidak angkat call, disangka pergi bertemu perempuan lain. Pasangan mahu pergi jumpa rakan-rakan untuk tournament, mula lah “Haaa..asik pergi situ je, kenapa ada perempuan seksi ke?”.

Jadi, jika ada lelaki yang dapat meleraikan simpulan yang sangat merumitkan ini dan bijak mengawal emosi wanita, jangan lah lepaskan mereka.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen