Apakah Benar Pada Zaman Sekarang, Wanita Sering Dipersalahkan? Jom Baca.

 

Tak kahwin dikatanya tak laku…

Tak ada teman lelaki dikatanya terlalu cerewet…

Duduk jauh dari ibu bapa dikatanya mahu bersosial, tetapi bertungkus lumus mencari rezeki…

Duduk dengan ibu bapa pula dikatanya menyusahkan orang tua, tak malu masih dibawah tanggungan mereka?

Menghantar anak ke sekolah dengan memakai pakaian biasa dikatanya selekeh, tak pandai menjaga diri…

Tetapi apabila menjaga penampilan dan menggunakan mekap, dikatanya untuk memikat lelaki lain…

Jadi, memang benarkah menjadi wanita pada zaman sekarang seperti tiada keadilan? Hak menjadi seorang wanita itu seperti diperkotak-katikkan?

Jom lihat perkongsian dari Puan Nik Salida Suhaila ini…

********

Masyarakat (maskulin) menilai;

Ramainya isteri meminta cerai sebagai petanda akhir zaman, ramainya suami abai nafkah tidak mengapa.

Ramai isteri tidak mahir memasak sebagai petanda akhir zaman, ramai suami tidak mampu menjadi imam solat tidak mengapa.

Ramainya ibu 'suka' berada di lapangan awam kerana bekerja berbanding berada di rumah sebagai petanda akhir zaman, ramainya suami 'tidak suka' bekerja tidak mengapa.

Ramainya ibu tunggal meninggalkan anak-anak sendirian di rumah kerana bekerja sebagai petanda akhir zaman, ramainya para wali enggan bertanggungjawab tidak mengapa.

Ramainya wanita menuntut hak dalam perkahwinan dan selepas perceraian sebagai petanda akhir zaman, ramainya lelaki melupakan tugas hakiki tidak mengapa.

Ramainya wanita mengandungkan anak luar nikah sebagai petanda akhir zaman, ramainya lelaki memperkosa tidak mengapa.

Ramainya wanita menolak berkongsi suami sebagai petanda akhir zaman, ramainya lelaki menzalimi wanita dan kanak-kanak atas nama poligami tidak mengapa.

Ramainya anak-anak mengabaikan ibubapa apabila mereka sudah tua sebagai petanda akhir zaman, ramainya ibubapa mengabaikan anak-anak semasa mereka kecil tidak mengapa.

Ramai ibubapa memilih hibah untuk mengadili hak anak-anak perempuan yang bertanggungjawab sebagai petanda akhir zaman, ramainya ibubapa memberi hak yang banyak kepada anak lelaki yang langsung tidak bertanggungjawab tidak mengapa.

Semoga wanita dipanjangkan usia dan dikurniakan aafiyah untuk terus berjasa dan berbakti.

********

Sama-sama kita mengambil ia sebagai iktibar dan pengajaran.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen