Wahai Lelaki, Sikap Isterimu Kelak Adalah Cerminan Dari Sikap Dan Didikanmu.

 

Di dalam Islam, lelaki dimartabatkan menjadi seorang pemimpin bukan sahaja untuk masyarakat bahkan di dalam keluarga jua. Begitu berat tanggung jawabnya untuk memimpin sebuah negara, dan dari situ juga sudah digambarkan jika salah langkahnya dalam memimpin, hancurlah sesebuah negara tersebut.

Begitu juga dalam memimpin keluarga, tersilap langkah dalam membentuk isteri dan anak-anak, berantakkanlah hubungan kekeluargaan tersebut. Seperti hadith dibawah menerangkan bahawa akhlak isteri itu adalah gambaran dari akhlak seorang suami. Jika mahu melihat bagaimana satu institusi keluarga dibina, lihatlah akhlak lelaki tersebut.

Baik akhlak suaminya, Insya Allah baiklah seluruh keluarganya.

Jadi, sekiranya seorang lelaki inginkan bakal isterinya mempunyai akhlak yang baik, maka bangkitlah untuk mendekatkan diri pada Allah SWT supaya hubungan dengan Ilahi terjaga baik juga.

Hal ini dibuktikan sendiri oleh Syeikh Abdul Wahhab Asy Sya’rani bersama isterinya Umm Abdurrahman. Syeikh Asy Sya’rani berkata;

“Aku tidaklah bengkok dalam amalan zahir dan batin kecuali bengkoklah isteriku dalam akhlaknya, padahal sebenarnya ia memiliki akhlak mulia. Terkadang aku berada bersamanya dalam keadaan hubungan yang paling baik, kemudian saat itu di benakku terlintas untuk melakukan perbuatan berdasarkan nafsu semata, maka keadaan itu mengubah sikap isteriku tanpa boleh dicegah. Akhirnya aku memahami sebabnya, hingga aku segera memperbaikinya, maka sikap isteriku pun kembali seperti semula.” (Lawaqih Al Anwar Al Qudsiyyah, hal. 333)

Apabila hubungan dengan Allah SWT terjaga dengan baik, dapat mendisiplinkan diri untuk solat di awal waktu, hubungan dengan keluarga juga Insya Allah akan terbentuk dengan baik.

“Cantik suamimu, cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya .

Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .

Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah " .

Kerana itu adanya ta’aruf. Adanya tempoh pertunangan, supaya dapat melihat bakal jodoh dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Jika benar si dia yang anda kahwini tidak dapat mendidik atau membentuk anda menjadi seorang yang lebih baik, muhasabah diri anda.

Namun dalam menjadi seorang isteri pula…

Jangan segera melabel diri menjadi wanita yang malang kerana tersalah memilih suami…

Jangan segera menganggap perkahwinan itu sebagai perjudian kerana suami tidak pandai mendidik…

Muhasabah diri. Cari hikmah tersembunyi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen