“Sentiasa Mengingati Tentang Solat Dalam Perkahwinan, Adalah Tips Untuk Bahagia…” Jom Ikuti Tips Ini.

 

Setiap pasangan mahukan kebahagiaan dalam perkahwinan. Tiada siapa mahukan perkahwinan yang tidak bahagia dan sering menyebut tentang perpisahan. Apabila niat berkahwin ketika di awal pernikahan telah ditetapkan tanpa was-was, pasti anda tahu cara untuk membahagiakan pasangan. Jika anda sudah berfikir untuk jangka masa yang panjang, pasti anda akan ada perancangan pada setiap perkara.

Jom ikuti tips suami isteri dari perkongsian saudara Mizan Dzai ini….

********

Tips 1: Sentiasa bergurau senda.

Pastikan kita bergurau senda dengan isteri dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Tips 2: Menghantar whatsapp atau mesej setiap kali teringat pada isteri.

Telefon isteri atau hantar Whatsapp sekadar untuk mengusik sesaje. Takpun cuma cakap yang kita sayang dan rindu pada isteri. Cubalah, mesti isteri akan rasa berbunga dan bahagia bila dapat panggilan, usikan atau Whatsapp kita.

Tips 3: Boleh menyimpan rahsia pasangan, malah tidak terlintas untuk mengaibkan.

Pasangan Mithali adalah mereka yang sentiasa menyimpan rahsia pasangan mereka sebaiknya. Ramai pasangan secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan dan kelemahan pasangan kepada orang lain, baik si isteri mahupun suami.

Tips 4: Tanamkan sifat cemburu yang positif, malah saling sayang menyayangi. Bukannya ada perasaan curiga sehingga melampaui batas.

Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan ambil peduli.  Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.

Tips 5: Jadilah suami yang tidak berkira dengan isteri sendiri.

Beri nafkah mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah sebab isteri bekerja.  Jangan jadi suami yang kedekut dan berkira sebab takut nanti isteri mula berdikari, hormatnya pada kita berkurangan.

Tips 6: Sentiasa saling mengingati tentang solat.

Suruh isteri dirikan solat dan ibadah lain bila berjauhan, telefon atau Whatsapp untuk mengingatkannya. Wasiatkan isteri untuk solat fardu dan sunat. Buat pesanan ini dan jadikan rutin sehingga suami meninggal dunia nanti.

Tips 7: Sentiasa menjadi ‘air’ pada pasangan yang sedang menjadi ‘api’.

Bila balik rumah dari kerja, tengah penat tengah melekit kekadang suami datang angin kus-kus nak memarah, isteri senyap je. Bila isteri pula marah, suami kena senyap. Ini mengelakkan dari terus bergaduh sebab orang gila je yang boleh bergaduh seorang diri.

********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen