Cara Memberi Teguran Agar Tidak Menggores Hati Pasangan.

 

Setiap orang akan melakukan kesalahan, tidak kiralah diri anda ataupun pasangan anda. Oleh sebab itu, jangan takut untuk memberi teguran kepada pasangan anda walaupun kadang kala anda tidak mahu tegur si dia hanya kerana ingin menjaga hatinya. Jika anda lalui hubungan yang baik dan matang, saling menegur itu adalah perkara yang biasa.

Jangan kerana anda takut untuk berikan teguran dan nasihat pada pasangan anda, anda lebih lebih rela untuk memejamkan mata dan meneriam serta bersetuju dengan setiap apa yan dia lakukan. Untuk membuat hubungan yang baik anda perlu menegur pasangan anda. Mungkin anda boleh cuba beberapa cara seperti berikut:



1. Lihat kembali diri anda.

Sebelum memberi teguran pada pasangan anda, cuba lihat semula diri anda. Adakah anda pernah melakukan perkara sebegitu? Adakah dia pernah terluka akan perbuatan anda juga? Jika tidak mungkin anda boleh memberitahunya bahawa ia tidak sepatunya berlaku tapi kalau anda pernah melakukannya, anda perlukan cara yang lebih berhemah untuk memberinya nasihat.

2. Seimbangkan pujian dan kritikan.

Anda sememangnya berniat untuk menegur dirinya akan kesalahan yang telah dilakukan, tapi pastikan anda menegurnya melalui pujian terhadapnya dahulu. Kalau boleh ia perlulah seiring agar pasangan anda tidak tiba-tiba melenting dengan apa yang anda cuba katakan kepada dirinya itu.

3. Lihat keadaan yang sesuai.

Jangan anda melakukan perkara sebegini dengan tiba-tiba. Pastikan anda lihat kedaan dan emosi dirinya pada ketika itu. Jika dia sedikit tenang dan sedang merehatkan diri, bolehlah anda lakukan perbincangan sebegini. Tapi jika anda lihat keadaan masa dan situasinya tidak sesuai jangan sesekali memulakan perkara sebegini.



4. Jangan ucapakan mengikut hati anda sahaja.

Jangan sesekali memberi teguran berdasarkan perkara yang sedap dimulut sahaja, ataupun anda rasakan ia adalah perkara yang seharusnya pasangan anda tahu. Cuba gunakan bahasa yang sedikit belapik yang mudah dirinya faham. Jangan katakan seperti ini “nafas awak busuklah” tapi katakan seperti ini “cuba awak guna ubat gigi seperti ini, mesti buat nafas lebih segar.”

5. Penggunaan nada yang sesuai.

Nada juga amat penting untuk membuatkan teguran itu lebih mudah diterima oleh pasangan anda. Jika anda menggunakan nada yang tinggi, maka pasangan anda juga akan mudah melenting. Tapi jika menggunakan nada sedikit lembut dan rendah, pasangan anda akan turut gunakan nada yang bersesuaian.

6. Jelaskan dengan maksud yang mudah.

Untuk memberi teguran ini jangan menggunakan bahasa kiasan, tetapi adalah lebih elok jika anda mengguanakan bahasa yang lebih mudah difahami. Apabila anda menggunakan kiasana, pasangan anda akan menganggap bahawa anda sedang bergurau tapi kalau gunakan bahasa yang mudah dia akan lebih faham dengan jelas apa yang dirinya ingin sampaikan.

Jangan takut untuk menegur silap dan salah pasangan daripada anda terpaksa memakan hati dengan sikap dan tingkah lakunya. Walaupun sayang anda terhadapnya terlalu besar tapi ia perlulah berpada-pada dan tidak keterlaluan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,517 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen