“Dalam Hubungan Ini Jangan Terlalu Berlebihan, Takut Nanti Ditarik Bila-Bila Masa Sahaja…”

 

Apabila sedang hangat bercinta ini kadang kala kita terlalu teruja sehinggakan tindakan kita itu terlalu berlebihan seolah-olah kita dan pasangan sudah mempunyai ikatan yang halal. Sedangkan, anda mahupun dirinya masih belum pasti adakah hubungan yang terjalin itu mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin ataupun tidak.

Oleh sebab itulah jangan berlebihan apabila jalinkan hubungan, takut-takut nanti hubungan tersebut terputus ditengah jalan. Adalah lebih baik jika lebih bersederhana dan biasa-biasa sahaja. Tak percaya? Jom ikuti perkongsian dari Syafiq Ridhwan ini.



Hidup ni jangan suka sangat bagi harapan lepas tu mainkan perasaan orang. Bila orang dah berharap, atau kata mudah dah suka, awak perlahan lahan pergi dari hidup dia. Tak kisahlah dengan apa jua alasan awak akan bagi, tapi setiap orang itu ada hati dan perasaan. Jagalah sebaiknya.

Kawan. Semua orang nak yang terbaik dalam hidup mereka. Bila dah suka sama suka, pasti pada akhirnya mahu berkahwin. Tapi, andai kata apa yang kita dah rancang, tak menjadi. Janganlah salahkan tuhan. Jangan cakap "Kenapalah tuhan balas aku macam ni". Tak. Tuhan tu tak akan pernah salah dan kejam. Pasti salah tu datangnya dari diri kita sendiri.

Berlebihan dalam menyukai seseorang.

Berlebihan dalam bercinta.

Berlebihan dalam berkasih sayang.

Mengalahkan mereka yang dah berkahwin.

Sampai kita terlupa tuhan yang bagi perasaan suka waima cinta atas keizinan Dia.

Bila - bila masa dia boleh jadikan si perempuan tu tawar hati, si lelaki tu berubah hati, berpaling kepada orang lain.



Pokok pangkalnya, bermula dari diri sendiri. Tak perlu over sangat pada benda yang kita tak pasti lagi jadi hak kita. Awak tahu kawan. Kita ni walaupun rasa kita rancang dah memang paling bagus dah. Mak ayah dah kenal rapat. Nak bertunang dulu, lepas 6 bulan berkahwin. Lepas tu beli rumah. Dapat anak pada tahun kedua perkahwinan, tapi seandainya tuhan kata itu itu tidak berlaku, pasti tak akan berlaku.

Andai kata awak memang dah jaga apa yang sepatutnya agama mahu, tetap juga perancangan tak berjalan macam apa awak jangka. Pasangan pergi pada orang lain. Ditinggalkan. Dipermainkan. Tetaplah redha. Sebab mesti tuhan gantikan dengan orang yang jauh lagi baik. Perit tu memang perit kawan. Tapi, tuhan tu tak akan pernah kejam. Manusia kalau dia janji, dia boleh mungkir bila - bila masa, tapi kalau tuhan janji, tak akan sekali kali Dia mungkir.
Apa tuhan janji?


"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Qs. An Nur:26)


Jadikan diri sendiri baik dulu kawan. Baik bukan sahaja meliputi adab dan berbudi bahasa, termasuk juga ilmu. Ilmu dalam bercinta hatta menyukai seseorang selagi mana tak langgar syariat agama.

Dan pastikan bila dah suka tu, dalam tempoh pertunangan, tetap kekalkan hati untuk tidak memandang orang lain. Tak kira apa jua dugaan dan ranjau keperitan yang datang, tetaplah setia kepada tuhan hatta setia kepada manusia juga. Tetaplah setia. Sebab bisikan syaitan tu akan terus menerus untuk cuba menghancurkan kita semua dalam membuat sesuatu kebaikan. Mendirikan masjid.

Kekal tersenyum. Lapangkan dada. Dan selalu bersangka baik terus dengan tuhan. Mungkin jika tiada jodoh di dunia, di akhirat pasti ada.

Moga ada manfaat. Muhasabah untuk diri saya juga yang pernah berlebihan satu tika dulu, kini dan boleh jadi akan datang.

Moga Allah sayang. Moga Allah redha. Selamanya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen