5 Perkara Yang Diperhatikan Lelaki Saat Pertama Kali Melihat Wanita.

 

Apa yang seorang lelaki lihat terhadap wanita? Dan perkara apa yang orang lelaki akan tumpukan kepada seseorang wanita yang berada di hadapannya. Pasti ramai wanita ingin tahu bukan? Mana tidaknya, perkara-perkara sebegini amat penting untuk menarik perhatian hati lelaki. Sebab itu lah perlu tahu apa yang lelaki pandang.



Jika penampilan, sudah tentulah lelaki atau wanita akan memandang perkara ini. Tetapi selain itu apakah ia? Berikut adalah 5 perkara itu.

1. Riak wajah.

Lelaki menganggap bahawa seorang wanita yang tersenyum adalah orang yang ramah, terbuka, dan mudah dibicarakan, sehingga ini membuat seorang lelaki lebih tertarik untuk mengenal anda lebih banyak. Mereka juga mengandaikan bahawa senyuman adalah isyarat optimisme, supaya lelaki berasa lebih selesa. Bayangkan jika apabila anda pertama kali bertemu, adakah anda bermuka masam?

2. Solekan.

Banyak pendapat menyatakan bahawa lelaki tidak menyukai wanita yang bersolek tebal, malah ia dikatakan lebih menyukai wanita yang berwajah neutral. Maka dengan itu, solekan yang berlebihan hanya akan membuat lelaki menjauh dari anda. Bagi mereka anda akan kelihatan keterlaluan jika mengenakan solekan yang tebal sepanjang hari atau pergi ke tempat-tempat yang tidak memerlukan makeup.

3. Bau tubuh badan.

Masalah nafas berbau ataupun tubuh badan berbau bukanlah satu perkara yang asing. Hal ini kerana ia adalah perkara yang tidak menyenangkan sesiapa sahaja yang mendekati anda. Pastikan badan anda bersih dan tidak berbau supaya ia memberikan kesan yang baik pada pertemuan pertama, kerana lelaki juga memberi perhatian kepada kebersihan.



4. Aura.

Lelaki lebih memilih wanita yang mempunyai aura positif berbanding mereka yang memiliki aura negatif. Hal ini kerana, wanita yang memiliki aura positif ini dikatakan lebih mudah untuk memberikan tindak balas yang baik terhadap jenaka atau tindakan dari dirinya. Oleh sebab itu, dapat dirumuskan bahawa aura yang berada dalam diri kita ini tersangat penting dalam memberi kesan kepada orang sekeliling.

5. Kelakuan.

Tidak lupa juga, wanita yang menjaga kelakuannya pasti akan mendapat perhatian dari lelaki. Sebagai contoh, anda tidak terlalu gedik atau terlalu inginkan perhatian daripada orang lain. Bahkan anda juga menjaga kehormatan anda. Hal ini kerana, mereka mahu bakal isteri mereka ini dari kalangan wanita yang baik-baik.

Dari satu pandangan, seseorang lelaki mampu membuat kesimpulan yang tersendiri sama ada anda itu akan menjadi pilihannya ataupun tidak. Tidak hanya itu sahaja, dari pandangan matanya juga dirinya akan membuat penilaian terhadap anda yang berada di hadapannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,486 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen