Kesalahan Yang Kerap Kali Dilakukan Apabila Berkenalan Dengan Orang Baru.

 

Anda tidak akan menjaga bila masa anda akan bertemu dengan seseorang yang baru. Tidak kiralah sama ada anda telah membuat perjanjian untuk bertemu atau anda akan berjumpa dengannya secara tidak sengaja. Semuanya akan berlaku tanpa diduga.

Oleh sebab itu, anda perlu bijak sentiasa menjaga dan mengawal diri anda daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mana tidaknya, dari orang tersebut berminat terhadap anda tapi di atas kelakuan anda, dirinya mula kurang berminta terhadap anda.



Berikut adalah perkara yang tidak seharusnya anda lakukan.

1. Mengelak untuk memandang matanya.

Apabila anda terlalu takut untuk memandang mata seseorang, itu menandakan bahawa anda sedang menipu atau tidak berminat untuk berbual dengan dirinya. Untuk menarik perhatian bagi melanjutkan perbualan anda seharusnya membuat eye contact dengan dirinya. barulah dia tahu anda berminat dengannya.

2. Terlalu banyak tanya.

Tidak salah untuk bertanya, itu pun jika pertanyaan anda itu adalah perkara yang anda ingin tahu atau mengenai dirinya. tapi jangan pula berlebihan jika ia melibatkan perkara-perkara yang peribadi, nanti dirinya akan merasakan anda begitu tidak beradap pula. Mana tidaknya, anda sudah mula berani untuk bertanya pelbagai soalan sedangkan baru sahaja berkenalan.



3. Terlalu terbuka.

Tidak salah untuk menjadi diri sendiri atau berlaku jujur. Yang salahnya adalah apabila anda terlalu terbuka sehinggakan berkongsi kisah sedih atau hal peribadi anda. Anda perlu ingat bahawa dia hanya ingin berkenalan sahaja, bukan dia telah menjadi pasangan atau rakan anda. Maka lebih elok jika anda sedikit berahsia dan membiarkan dia dengan tanda tanya.

4. Leka dengan telefon bimbit.

Jangan bermain telefon bimbit apabila anda sedang bertemu dengan seseorang. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan tidak sopan dan tidak berminat untuk berbual dengan dirinya. Jauhi telefon bimbit anda, hal ini kerana anda perlu tumpukan orang yang berada di hadapan anda bukannya anda perlu sibukkan telefon bimbit anda pada ketika itu.

Perkara-perkara sebegini kerap terjadi ketika pertemuan pertama. Mana tidaknya, kalian tidak mempunyai topik perbualan malah kalian rasa malu-malu sebab itulah perkara sebegini terjadi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,623 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen