8 Tanda Si Dia Menganggap Anda Lebih Dari Seorang Rakan.

 

Sangat sukar untuk membaca isi hati seseorang, sama ada dirinya mempunyai perasaan terhadap anda ataupun hanya menganggap anda sebagai seorang rakan sahaja. Mana tidaknya, jika anda meluahkan perasaan terlebih dahulu, takut-takut anda akan difriendzonekan, bahkan ia akan memalukan diri sendiri. Tapi kalau tak beritahu, lambat pula untuk biarkan dirinya memulakan langkah, nanti karang diambil orang. Pasti macam-macam akan bermain difikiran anda bukan?

Oleh sebab itulah anda perlu memulakan langkah dengan melalui pemerhatian dahulu, mana tahu kalau tersalah langkah nanti tidak akan memalukan diri sendiri pula. Jom ketahui.



1. Sentiasa follow up janji.

Apabila seseorang menganggap anda lebih dari seorang rakan. Mereka ini selalu agak teruja dengan janji-janji yang mereka lakukan. Maka dengan itu, apabila kalian ingin mempunyai pertemuan, dia akan kerap kali membuat follow up terhadap anda untuk memastikan bahawa perkara tersebut terjadi dan tidak hanya sekadar janji sahaja.

2. Lebih sopan ketika bersama anda.

Dirinya melayani anda sedikit berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Hal ini seolah-olah menimbulkan rasa janggal terhadap dirinya dan juga anda. Jika bersama rakan-rakan yang lain, anda boleh lihat bahawa dia begitu bersahaja tapi apabila bersama dengan anda, kata-katanya lebih lembut dan begitu sopan dalam kelakuannya.

3. Sentiasa memulakan satu perbualan.

Apabila anda senyap dia akan mula menyapa anda. Bahkan apabila anda tidak mula menghubungi dirinya, dia akan mula menghubungi anda terlebih dahulu. Tidak hanya itu, dia juga mengeluarkan topik-topik perbualan yang memikat hati anda.

4. Bertanya akan status anda.

Seseorang yang memintai anda biasanya akan bertanya akan status perhubungan anda. mana tidaknya, jika anda sudah dimiliki orang bolehlah dia menukar perasaannya terhadap anda. Jika tidak, dia akan terus menerus memikat dan mendekati anda.



5. Memuji anda.

Biasanya seorang rakan teramat jarang sekali untuk memuji rakannya yang lain. Tapi dia berlainan, apabila dia mula memuji penampilan anda atau kelakuan anda, pasti dia sudah mula mempunyai perasaan terhadap anda.

6. Bercakap mengenai dirinya sendiri.

Jangan terkejut apabila dia seolah-olah memuji dirinya. Ini kerana, dia mahu menjual minyak terhadap anda. barulah anda akan nampak akan kehadirannya di sisi anda. Bahkan anda akan lihat kelebihan yang ada pada dirinya.

7. Suka membelanja anda.

Apabila seseorang lelaki mula menyukai seorang wanita, dirinya akan lebih cenderung untuk membelanja wanita tersebut. Tidak kiralah dari segi makanan atau apa-apa pun. Ini adalah salah satu cara untuk memikat hati orang yang disukai itu.

8. Dia mencari persamaannya dengan anda.

Apa yang anda minati atau miliki, pasti dia akan cuba mencari persamaan tersebut. Dari sini, dia ingin memberitahu anda akan keserasian kalian bersama. Ini adalah salah satu hint untuk memberitahu akan perasaannya.

Apabila anda melihat tanda-tanda sebegini, maka cuba beranikan diri untuk bertindak sepertinya. Tapi jangan anda yang memulakan dulu, lihat sejauh mana permainan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen