Beri Ruang Dan Privasi Adalah Cara Untuk Pastikan Hubungan Berkekalan Tapi Ramai Yang Tidak Kisah.

 

Banyak cara untuk mengekalkan satu hubungan berkasih sayang ini, terutama buat mereka yang sedang hangat bercinta dan suami isteri. Ramai sahaja yang menganggap bahawa mempertahankan satu hubungan itu mudah sahaja asalkan saling sayang menyayangi serta masih ada cinta dalam hati pasti hubungan tersebut akan berkekalan.

Tapi sebenarnya, tidak cukup dengan perasaan sayang dan cinta sahaja, tapi kalau sikap dan perangai yang kita ada itu membuat pasangan kita terguris dan terluka. Hati yang dahulunya penuh dengan rasa cinta dan sayang juga akan pudar sekiranya, sikap dan perangai kita itu agak keterlaluan dengan dirinya.

Bagi anda mungkin kelakuan itu hanya biasa-biasa sahaja dan semua pasangan akan melakukan sebegitu. Tapi siapa sangka bahawa kelakuan itu akan menguriskan hati pasangan kita. Banyak cara yang perlu anda tahu untuk kekalkan hubungan, bukan kena ada perasaan sahaja.



1. Berikan ruang dan privasi.

Terlalu mengawal dan menyekat segala perkara yang pasangan sukakan dan ingin lakukan juga tidak boleh ye. Sekurang-kurangnya anda perlu biarkan dia bernafas dengan sendirinya tanpa sebarang sekatan dan halangan. Dan kalau boleh biarkan sahaja dia mempunyai ruang peribadinya untuk dirinya sendiri.

2. Bijak mengatasi masalah.

Hubungan yang ada ini bukan hanya menggunakan perasaan sahaja, tapi ia perlu digunakan sekali dengan fikiran yang anda. Barulah setiap masalah yang datang itu anda tidak akan bertindak menggunakan perasaan malah anda akan bertindak dengan akal yang waras dan sudah tentu lebih selamat untuk hubungan.

3. Tidak biarkan perasaan itu hilang.

Untuk memastikan hubungan itu sentiasa segar, anda juga perlu bijak untuk mengekalkan perasaan yang ada dalam diri pasangan anda. Walaupun dirinya telah dimiliki anda, itu tidak bermakna anda perlu berhenti memikat hatinya. Sentiasa pikat hatinya jangan biarkan perasaan yang ada itu hilang.



4. Komunikasi yang bagus.

Untuk memperoleh hubungan yang baik dan bahagia, kalian harus bijak dalam berkomunikasi. Setiap perkara yang berlaku perlu ada komunikasi. Jangan sesekali simpan perasaan di dalam hati dan memendam rasa hingga timbul rasa marah. Hal ini kerana, kekurangan komunikasi akan membuatkan hubungan yang ada itu sukar untuk membangun dengan baik.

5. Tidak mengharapkan kesempurnaan.

Belajar untuk terima kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan. Jangan meminta untuk dia menjadi orang lain. Dan kalau boleh setiap penerimaan itu adalah ikhlas bukannya sekadar mahu menutupi kelemahannya. Bila ikhlas pasti anda akan rasa lebih bahagia.

Mencari pasangan itu sebenarnya tidak sesukar mengekalkan satu hubungan yang ada. Bila sudah ada, anda perlu pertahankan dengan pelbagai cara agar tidak kehilangan dirinya. Hal ini kerana, dia yang ada miliki sekarang ini tidak akan sama yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen