10 Tanda Anda Bersama Dengan Wanita Yang Baik Dan Awesome.

 

Jika wanita inginkan seorang suami yang baik untuk hidup sepanjang hayat mereka, begitu juga dengan orang lelaki. Mereka juga mahukan seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak mereka. Baik lelaki atau wanita sudah pastilah mahukan pasangan yang baik untuk menjadi peneman dan mengharungi segala dugaan hidup bersama-sama.

Masing-masing mempunyai pasangan impian yang tersendiri, tidak kiralah handsome ke, cantik ke, gentlemen ke ataupun lemah lembut. Itu semua pilihan masing-masing, tapi yang membezakan adalah hati mereka. Pasti anda inginkan pasangan yang baik dan kalau boleh sedikit awesome bukan.



Berikut adalah 10 tanda anda bersama pasangan yang baik dan awesome.

1. Memahami kerja anda.

Perkara yang paling utama adalah dia sangat memahami anda. Tidak kiralah dari segi minta ataupun pekerjaan, dia perlu memahaminya. Jika dia memahami sudah pasti dia bukan seorang yang mudah memaksa anda untuk melakukan apa yang dia mahukan.

2. Dia menerima anda seadanya.

Tiada istilah perbandingan dalam hidupnya. Dia sedia menerima siapa anda seadanya. Dia tidak akan meminta anda menjadi orang lain hanya kerana anda tidak bagus menurut dirinya.

3. Dia seorang pendengar yang baik.

Mana-mana pasangan yang menjadi pendengar yang baik dan setia ini adalah pasangan yang awesome tidak kiralah lelaki atau wanita. Hal ini kerana dia tidak mementingkan dirinya.

4. Tidak suka memaksa.

Sikap suka memaksa dan mahu keinginan ini dituruti adalah perkara yang banyak dilakukan oleh wanita terhadap pasangannya. Tetapi jika pasangan anda tidak lakukan perkara sebegini, dia adalah pilihan yang baik.

5. Sentiasa terbuka.

Mudah untuk meluahkan apa yang dirinya rasakan dan tidak bermain teka teki. Jadi anda juga mudah untuk memahami apa yang dia mahu dan perlukan apabila sesuatu perkara berlaku.



6. Berfikiran positif.

Tidak overthinking ataupun sentiasa berfikiran negatif terhadap anda juga merupakan pasangan yang baik. Mana tidaknya, jika miliki pasangan sebegini, hubungan lebih aman dan harmoni.

7. Tidak mengawal anda.

Jika anda miliki pasangan sebegini, jangan sesekali tinggalkan mereka. Mereka yang miliki sikap ini adalah orang yang sukar dicari. Jadi anda lebih bebas dan tidak berasa ingin turut segala permintaan dirinya.

8. Tidak kuat melenting.

Dirinya sentiasa menerima teguran anda dengan hati yang terbuka. Apabila menerima teguran, dia akui dan tidak cuba mencari salah anda semula. Dia adalah pasangan yang mudah dibimbing apabila berkahwin nanti.

9. Tahu menghormati orang tua.

Mana-mana wanita yang pandai ambil hati dan bijak menjaga hati orang tua adalah pasangan yang baik. Mana tidaknya, wanita sebegini akan tahu menghormati pasangannya juga.

10. Bukan seorang yang kuat membebel.

Mana yang setuju wanita tidak membebel ini adalah yang awesome? Jadi jika dia hanya mengingati perkara yang baik dan tidak membebel perkara yang remeh, dia adalah orangnya.

Wanita ini mempunyai pelbagai sikap dan kelakuan, begitu juga dengan lelaki. Jadi tidak semua sikap sebegini akan ada pada pasangan anda. Jika anda sikit-sikit itu pun sudah memadai dan menandakan dia adalah pasangan yang baik.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen