Kurang-Kurangkan Sikap Begini, Ia Hanya Membuatkan Lelaki Malas Melayani Anda.

 

Tidak semua wanita mempunyai sifat sebegini, jadi jangan terlalu risau jika sikap yang bakal dikongsi ini tidak ada pada anda. Wanita ini kadang kala terlalu yakin bahawa sikap yang dirinya miliki itu akan membuatkan pasangan mereka lebih berikan perhatian dan menghargai mereka. Tapi sebenarnya mereka silap. Ada sesetengah sikap yang mereka miliki itu hanya akan timbulkan rasa rimas sahaja dan pada masa yang sama, pasangan anda akan malas melayani anda. Jadi sikap bagaimana yang perlu anda jauhi?



Berikut adalah sikap yang perlu anda jauhi:

1. Jangan menjadi wanita terlalu berprinsip.

Apabila anda terlalu menitik beratkan prinsip yang anda pegang, ia akan membuatkan anda menjadi wanita yang keras kepala. Mana tidaknya, anda sukar menerima kritikan atau teguran daripada orang lain jika ia bertentangan dengan prinsip anda. Perkara sebegini hanya akan menimbulkan rasa sakit hati pasangan malah terus malas untu melayani anda. Hati-hati dia mungkin jauhi anda. Jadi cuba untuk terbuka sedikit ya!

2. Terlalu jual mahal.

Walaupun menjadi seorang wanita itu perlu menjaga maruah dirinya dan tidak mendekati orang sebarangan, itu bukannya membuktikan anda perlu terlalu jual mahal sehinggakan timbul rasa sombong diri. Anda seharusnya tahu yang bagaimana harus untuk jual mahal dan yang mana anda harus berikan layanan yang elok. Kadang kala memberi layanan itu bukan bererti anda murah, tapi ia akan kelihatan lebih hormat dan beradab.

3. Kaki cemburu.

Mana-mana lelaki pasti tidak akan bertahan lama dengan pasangan yang kaki cemburu ini. Mana tidanya, jika cemburu yang berlebihan ia sudah tidak kelihatan manja dan manis tapi ia lebih kepada rasa rimas dan menyampah. Yelah, rasa cemburu ini akan timbulkan pergaduhan dan ia juga akan membuatkan anda menekan pasangan anda. Sudah tentulah dia tidak sukakannya.



4. Terlalu manja.

Lelaki sememangnya sukakan wanita manja. Tapi manja yang tidak berlebihan. Bukannya manja yang keterlaluan sehingga seperti mengada-ngada. Lelaki sememangnya suka penuhi apa yang wanita kesayangannya inginkan, tapi jika terlalu kerap ingin dipenuhi sehingga tidak tahu bergantung dengan diri sendiri juga tidak disukai oleh orang lelaki.

5. Seorang ragu-ragu.

Apabila ditanya suka dirinya atau tidak, anda ragu-ragu untuk berikan jawapan. Sedangan anda boleh sahaja berikan jawapan ya atau tidak. Lelaki akan mudah rasa keliru jika wanita itu selalu teragak-agak dengan jawapan yang diberikan. Mana tidaknya, lelaki selalunya inginkan kepastian bukanya ingin bermain teka teki dengan pasangannya.

6. Mudah rasa kecewa.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda, pasti anda hikmahnya. Tapi anda lebih mudah rasa kecewa terhadap perkara tersebut sehingga memberikan kesan kepada orang disekeliling anda. Anda seolah-olah memberi kesan negatif terhadap mereka. Perkara sebegini juga tidak disukai lelaki. Mana tidaknya, lelaki mahukan sokongan bukannya membuat dirinya terasa rendah diri dan lemah.

Jika anda miliki sifat sebegini, anda perlu bijak untuk mengawalnya. Mana tidaknya, ia boleh menjadi salah satu punca perpisahan atau sukar mendapatkan pasangan jika anda terus menerus dengan sikap sebegini. Jadi ubah sekarang sebelum terlambat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen