Bertahun-Tahun Cinta Tetapi Tidak Berakhir Dengan Baik, Ini Kebaikan Yang Anda Dapat Dari Perkara Itu.

 

Jalinkan hubungan yang lama belum tentu dapat menjamin ia akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Boleh jadi juga ia hanya sebagai satu persinggahan sebelum berjumpa pasangan yang lebih tepat. Bukan hanya itu sahaja, boleh jadi hubungan yang terbina itu memberi pengajaran kepada anda akan menghargai seseorang.

Walaupun hubungan tidak kesampaian, itu bukan bermakna ia adalah perkara buruk yang berlaku dalam hidup anda. Orang yang anda benci kerana melukakan anda itu, adalah orang yang pernah membahagiakan anda satu ketika dahulu. Jadi ambil pengajaran dari hubungan tersebut, bukannya menyimpan dendam akan perkara yang berlaku.
Apa kebaikan yang anda perolehi?



1. Itulah tanda Allah tidak mahu anda menghabiskan hidup dengan orang yang salah.

Jangan menyesali kerana anda telah menghabiskan banyak masa untuk dirinya, sehinggakan menghalang seseorang yang selayaknya masuk ke dalam hidup anda. orang yang datang dan pergi itu sudah pasti membawa maksud yang tersendiri. Dan yang paling penting adalah, Allah telah mengaturkan satu perkara yang terbaik untuk anda.

2. Menguji anda menjadi seseorang yang lebih kuat.

Hubungan yang telah lama ini sudah pastilah ia penuh dengan kasih sayang anda terhadap dirinya. Namun apabila tidak berakhir dengan kebahagiaan ini, ia bermakna anda sedang diuji hati bagaimana hilangnya seseorang yang anda telah berikan kasih sayang sepenuh. Dan pada ketika inilah Allah mahu anda bangkit untuk mencarinya dan mengingatinya.

3. Anda akan lebih bijak dalam memilih pasangan.

Hubungan yang lalu akan membuatkan anda lebih bijak dalam menilai seseorang dan membuat pilihan yang lebih baik. Hal ini kerana, anda tidak mahu perkara-perkara sebegini berlaku lagi dalam hubungan anda. Maka dengan itu, penilaian yang dilakukan itu bukan hanya semberono malah lebih berhati-hati dan cermat.



4. Membuat anda sedar bahawa manusia hanya mampu merancang sahaja.

Sebagai seorang manusia, kita tidak akan pernah lepas merancang setiap kehidupan kita, tapi dalam perancangan kita itu, kita leka bahawa anda yang lebih mengetahui segala-galanya. Jadi ia akan membuatkan anda lebih percaya bahawa perubahan yang berlaku dalam kehidupan ini akan terjadi bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya mengikuti perancangan yang telah ditetapkan oleh anda.

5. Anda sedar bahawa hubungan yang lama bukan ukuran sebuah kebahagiaan.

Selepas terjadinya perkara sebegini, ia akan membuatkan anda sedar bahawa satu hubungan yang lama itu beleum tentu akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan. Bahkan, hubungan yang lama itu juga bukan menjanjikan bahawa anda dan dia sentiasa bahagia. Jadi ia akan membuatkan anda lebih bijak mengendalikan sebuah hubungan nanti.

6. Menghargai orang sekeliling.

Mungkin dahulu anda terlalu sibuk dengan pasangan anda sehinggakan mengabaikan orang disekeliling anda. Tapi kini, setiap masa yang anda itu membuatkan anda lebih menghargai orang disekeliling kerana sentiasa ada disaat anda susah mahupun dalam kesenangan.

Jangan hanya memandang buruknya perpisahan tapi pandanglah ia dengan penuh kebaikan yang tersirat di dalamnya. Kadang kala kita terlalu yakin hubungan itu akan berpanjangan tapi apabila diuji, anda dan dia tidak mampu laluinya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen