Pasangan Anda Seorang Yang Jimat Atau Kedekut? Mari Ketahuinya.

 

Walaupun sepasang kekasih atau suami isteri jalani satu hubungan yang bahagia, tetapi tetap sahaja boleh bergaduh dan bermasam muka kerana wang. Tidak kiralah sikap sama ada ia sebab sikap pasangan yang ingin berjimat, kedekut atau sememangnya kekurangan wang, pasti ia boleh timbulkan pergaduhan.

Dalam kehidupan ini banyak menggunakan wang, begitu juga untuk meluangkan masa bersama kekasih hati. Pasti wang akan digunakan untuk melakukan aktiviti yang diingini. Namun begitu, kalau setiap kali anda sahaja yang mengeluarkan wang anda pasti rasa sedikit sakit hati bukan? Jadi pasangan anda itu ingin berjumat cermat mengumpul wang hantaran atau dia sebenarnya seorang yang kedekut?



Berikut adalah cara untuk ketahui sama ada pasangan anda itu kedekut atau berjimat cermat.

1. Jarang mengajak anda lunch atau dinner bersama.

Apabila pertemuan pertama kemungkinan dia masih lagi malu-malu dengan diri anda. Maka dengan itu, dia lebih mudah untuk mengajak anda memakan sesuatu yang ringan seperti makan petang ataupun bersarapan. Namun begitu, jika dia kerap melakukan perkara ini kemungkinan dia sedang berjimat cermat atau sebaliknya.

2. Selalu tidak membawa dompet.

Dompet ini adalah perkara penting apabila ingin keluar dari rumah. Jika sekali sekala untuk terlupa membawa perkara penting ini mungkin masih boleh dimaafkan. Tapi jika sudah begitu kerap dia terlupa bawa anda anda sering membayarkan makan minum untuknya, itu adalah perkara yang perlu anda ragukan. Sama ada dia sengaja untuk meninggalkannya atau menipu anda. Boleh jadi dia sememangnya kedekut.

3. Sukakan perkara yang murah atau percuma.

Sesiapa sahaja sukakan benda yang percuma, tapi jika ia terlalu ketara sehinggakan ingin semua perkara percuma itu adalah perkara yang tidak logik. Mana tidaknya, jika baju yang ingin dipakai sendiri pun ingin percuma tidak ke pelik? Dirinya akan mempertimbangkan banyak perkara untuk membelikan sesuatu untuk anda, bahkan untuk dirinya juga.



4. Terlalu tawar menawar.

Tawar menawar akan selalu sahaja terjadi tetapi ia pastoilah ditempat yang anda boleh lakukan tawar menawar. Tetapi jika dia selalu membuat tawar menawar di tempat yang tidak sepatutnya pasti ia adalah seorang yang kedekut. Jika dia berjimat, pasti dia faham bahawa tempat itu tidak boleh tawar menawar.

5. Ingin membayar berasingan.

Apabila selesai makan bersama dan ingin membuat pemabayaran, dirinya akan bertanya jika bayaran untuk makanan itu akan dibahagi dua atau dirinya sahaja yang akan membayarnya. Jika soalan ini kerap kali timbul pasti dirinya seorang yang kedekut. Mana tidaknya, membayar makanan pasangan merupakan latihan untuk jalani tanggungjawab nanti. Jika perkara sebegini sudah berkira, bagaimana dengan nanti.

Kesimpulannya, anda harus membuat penelitian terhadap pasangan anda. Jika dia seorang yang berjimat kerana sedang berusaha mengumpulkan wang perkahwinan mungkin ia boleh bertolak ansur tetapi jika dia kedekut anda harus fikir banyak kali untuk bersama dengan dirinya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen