Tanda-Tanda Anda Ditipu Ketika Berkenalan Dengan Seseorang.

 

Apabila anda mencari jodoh dalam talian ini, jangan mudah untuk mempercayai seseorang. Hal ini kerana, kadang kala niat seseorang itu tidak akan sama dengan niat anda. Boleh jadi dia menyertai percarian jodoh dalam talian ini hanya mahu menghilangkan bosannya atau sekadar untuk bermain-main sahaja.

Kadang kala mereka ini akan menggunakan gambar orang lain untuk membuat anda terpikat dengan mereka. Mana tidanya, anda tidak boleh mengenali si dia dengan lebih dekat kerana belum bertemu dengan dirinya. Sebab itulah, selagi anda belum berjumpa jangan sesekali untuk mempercayainya. Jadi bagaimana untuk mengetahui bahawa si dia itu menipu anda?



1. Perkongsian kisah hidup yang tidak masuk akal.

Apabila saling berkenalan antara satu sama lain, sudah pastilah anda atau dirinya akan berkongsi hidup yang dilalui. Tidak kira lah dari kisah cinta tau rutin harian, pasti ada sahaja topik perbualan yang akan diketengahkan oleh kalain. Tapi awas, jangan tertipu pula dengan cerita yang dikongsi itu. Terutama jika dia mula berkongsi cerita yang bercanggah dengan apa yang pernah diberitahu. Mungkin hari ini dia kata lain, esok lusa pula kata lain pula. Tak kena macam menipu itu. Bukan itu sahaja, kisah-kisah yang tak masuk akal ini biasanya juga adalah diragukan.

2. Menggunakan gambar orang lain.

Untuk menarik perhatian anda, boleh jadi seseorang itu menggunakan gambar orang lain untuk dapatkan sambutan yang baik dari pihak yang ingin dia berkenalan itu. Tidak cukup dengan itu, anda juga yang menggunakan gambar di zaman mereka muda dan berlainan dari wajah sebenar. Jadi anda juga harus berhati-hati dengan perkara sebegini.

3. Tidak mahu berjumpa.

Seseorang yang menipu ini biasanya akan mengelak untuk berjumpa mangsanya. Mana tidaknya, jika dia menipu dengan wajah yang berlainan dan cerita yang berlainan pasti sukar untuk dirinya berhadapan dengan anda. Bukan hanya itu sahaja, mereka juga takut jika penipuannya terbongkar dan anda akan memarahinya nanti.



4. Berikan nama media sosial yang palsu.

Ada juga yang akan memberikan nama media sosial yang palsu. Terutama mereka yang menggunakan gambar orang lain. Bahkan anda juga boleh lihat seseorang yang tidak mempunyai ramai rakan dalam media sosialnya juga turut perlu diragukan. Hal ini kerana, media sosial anda perkara yang paling aktif pada ketika ini, pasti agak mustahil jika dia tidak memiliki ramai rakan disitu.

5. Memberikan nombor telefon palsu.

Boleh jadi juga apabila kalian saliang bertukar nombor telefon, dia akan memberikan nombor yang tidak berfungsi ataupun dia tidak akan mengangkat panggilan dari anda. Hal ini kerana, dia takut untuk berlaku jujur terhadap anda.

Berkenalan dalam talian atau melalui media sosial ini bukan tidak elok, ia elok dan ramai yang berjumpa jodoh disitu. Tapi anda harus lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang yang ingin berkenalan dengan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen