“Di Mana Silap Dan Punca Hingga Menyebabkan Berlakunya Kecurangan Dalam Hubungan?” Jom Baca.

 

Curang dalah satu perkara yang sangat melukakan hati dan kalau boleh mahu dielakkan daripada berlaku perkara sebegini di dalam perhubungan yang telah dibina. Baik lelaki atau wanita, kedua-dunya tidak mahu pasangan yang mereka kasihi dan cintai itu berlaku curang dibelakangnya. Mana tidaknya, kenyataan bahawa pasangannya memadu kasih bersama orang lain itu sangat menyakitkan hati. Tidak cukup dengan itu, kasih sayang yang dicurahkan kepada kekasih hatinya itu seumpama tidak berharga apabila pasangannya itu didapati berlaku curang.

Jadi kenapa perlu berlaku curang? Saudara Amir Syahir, kongsikan pandangannya mengenai kes curang yang berlaku dipersekitarannya.



Kenapa Mesti Berlaku Curang?

*********************************

Korang pernah baca kisah suami berlaku curang disebabkan isteri dalam pantang atau ketika duduk berjauhan? Yang lagi dahsyatnya isteri depan mata tetapi masih juga curang.

Banyak juga yang saya dengar dan baca pasal ni. Kebanyakan mereka yang curang ni bukan orang biasa-biasa. Kebanyakannya orang yang berpendidikan.

Di mana silap dan puncanya? Ini pandangan saya kenapa berlaku kes curang dalam rumah tangga. Antaranya :

1. Kurang asas Agama. Kalau kau jenis yang beragama, kau takkan buat macam ni. Kau tahu tanggungjawab, dosa dan pahala.

2. Rasa sunyi kononnya yang bertandang di dalam jiwa. Si suami rasa tidak dilayan seperti dahulu lagi. Si suami kena faham isteri yang sibuk dengan kerja, kerja rumah dan anak-anak.

Dalam kesibukan tu pun dia masih sediakan makan minum kau. Kalau dia kurang layan macam dulu mungkin dia penat. Kau kena bantu dia. Bukan buat alasan cari lain.

Kau cari perempuan lain yang kononnya boleh layan kau lebih daripada isteri kau. Tapi kau lupa perempuan tu bujang, takde komitmen dan banyak masa dengan kau. Kalau kau kahwin dengan perempuan tu sekalipun, episod yang sama juga akan berulang. Puncanya diri kau

3. Suami atau isteri yang terlalu sibuk dengan kerja. Tak salah kau bekerja dengan kuat untuk keluarga. Tapi ingat jangan sampai takde masa untuk suami/isteri dan anak-anak.

4. Masalah kewangan dalam keluarga. Suami/isteri mula la nak cari orang yang lebih senang. Kadang-kadang bukan nak kahwin pun tapi sekadar nak ambil kesempatan.



5. Pergaulan bebas di tempat kerja. Nampak remeh tapi besar kesannya. Jaga status kau sebagai suami/isteri ke mana pun kau pergi. Hormati suami/isteri yang setia bersama kau.

6. Sikap ego yang tinggi. Selalu sahaja nak salahkan pasangan. Kalau kau salah dan isteri tegur kau, kau kena terima walaupun kau suami. Turunkan ego tu.

7. Dah tak mesra macam mula-mula kahwin dulu. Kau kurang bagi perhatian, kasih sayang pada pasangan kau. Balik kerja main Fesbuk je manjang. Nak tengok muka pasangan pun dah susah. Makan, solat pun dah jarang sama-sama.

***

Ingatlah nak bina rumah tangga tu senang, tetapi nak mempertahankan rumah tangga itu jauh lebih payah. Tetapi, kepayahan itu akan rasa senang kalau suami dan isteri saling memberikan kerjasama dalam rumah tangga.

Bila kau dah kahwin, buat la cara dah kahwin. Jangan nak menggatal lagi sana sini. Kalau nak curang, baik tak payah kahwin. Kalau kau berkahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, fikir dulu sepuluh kali sebelum kahwin.

Kau kena ingat tanggungjawab kau. Kau kahwin dulu takde orang nak paksa kau pun kan. Kau yang pilih pasangan kau sendiri kan. Jadi kenapa kau perlu curang dengan pasangan kau. Fikirkan tentang masa depan anak-anak kau tu.

Setiap pasangan akan menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Tidak ada rumah tangga yang tenang selamanya.

Apa yang penting, pasangan yang sentiasa berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina meskipun pelbagai badai melanda. Sentiasa berdoa supaya Allah tetapkan hati kau dan pasangan kau. Kah!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen