“Asal Putus Cinta Je, Mesti Jiwa Kacau…” Pakar Psikologi Ajar 6 Cara Tenangkan Masalah Jiwa Kacau.

 

Salah satu situasi yang boleh membuatkan seseorang menjadi jiwa kacau adalah putus cinta. Jika terlalu mencintai dan menyayangi yang akhirnya berlaku perpisahan yang tidak dijangka, pasti merasa diri sangat tertekan. Jika tidak dapat dikawal dengan bijak pasti berasa murung setiap masa. Situasi ini akan menyebabkan jiwa anda menjadi tidak tenteram, perasaan gundah-gulana, serabut dan menjadi sangat negatif.

Oleh itu, jom ikuti cara untuk menenangkan masalah jiwa kacau menurut beberapa pakar psikologi ini…

1. Rangsang Saraf.

Toni Bernhard mencadangkan supaya anda menggunakan cara pelik ini. Meskipun agak pelik (jika diperhatikan orang), ia sangat berkesan dan anda boleh cuba sendiri!

Gosok keseluruhan permukaan bibir menggunakan jari telunjuk anda kerana pergerakan ini akan lekas merangsang sistem saraf parasimpatetik anda yang terletak di bawah kawasan bibir. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang dan lega.

2. Tulis Apa Sahaja Yang Lalu Di Minda.

Antara sebab utama seseorang tertekan adalah kerana dipengaruhi kesibukan harian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tugasan yang banyak menggunakan otak.

Menurut John Duffy, cuba sediakan satu buku nota dan tempatkannya hampir dengan anda. Bila ada idea-idea baru muncul baik sesuatu yang penting untuk diingati atau idea-idea baru yang bisa digunakan untuk melengkapkan kerja, curah segalanya di atas kertas. Jika anda marah sekalipun, anda boleh tuliskan semuanya.

Sedikit-sebanyak ia akan buat anda kembali relaks kerana anda bakal lupakan masalah itu, kepala jadi semakin lapang dan ketegangan jiwa semakin menurun.

3. Duduk Tegak!

Sebuah kajian sains sosial membuktikan bahawa apabila seseorang duduk secara membongkok, dia lebih berisiko untuk menjadi lemah, tidak ada mood serta merasa tidak berkeyakinan.

Untuk itu setiap kali duduk, sila perbetulkan kedudukan punggung dan pastikan pinggang anda tegak dan selesa. Duduk dengan tegak untuk pulihkan mood dan produktiviti diri.

4. Tengok Ikan Dalam Akuarium.

Percaya tak sebenarnya perbuatan tenung ikan yang berenang dalam akuarium dapat membantu seseorang menenangkan diri?

Mengikut sumber, melihat atau menenung ikan berenang dapat menurunkan kadar tekanan darah serta degupan jantung. Hasilnya korang akan relaks dan berasa khayal (seronok) secara positif. Tak percaya, cubalah!

5. Luangkan 1 Jam Untuk Aktiviti atau Hobi Kegemaran.

Ahli Terapi Psikologi Amy Przeworsko menasihatkan seseorang yang tertekan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan aktiviti kegemaran.

Baik bersenam, membaca, menonton TV, memasak atau mengemas sekalipun… lakukan apa sahaja kerana apabila otak tidak tertumpu pada kerja, anda tak akan ada tanggungjawab dan bila tanggungjawan tidak anda, hati anda pasti bersih dari segala perasaan negatif.

6. Masa Untuk Kemas!

Boleh kata, hampir 85 peratus punca tekanan adalah disebabkan keadaan sekeliling. Cuba bangkit dan lihat persekitaran anda, jika ada benda yang berselerak, kemaskan dengan segera! Hal ini akan bantu diri jadi lebih strategik, mudah mencari barang bahkan lebih tenang kerana tidak penyerabutkan pandangan dan otak.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,250 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen