Jangan Terlalu Stress Jika Masih Belum Bertemu Jodoh.

 

Secara lahiriah, minda dan tubuh badan memerlukan oksigen untuk anda meneruskan kehidupan begitu juga cinta. Cinta juga adalah satu aspek yang sangat penting dalam hidup anda dan tidak boleh disangkal lagi. Fizikal dan mental anda akan menjadi semakin terurus dan sihat, jika anda dapat seimbangkan hidup dengan bersosial.

Walaubagaimana pun, semakin kurangnya rasa cinta dalam diri anda, semakin anda akan menjadi tertekan. Maka cinta itu seolah-olah anti-depresi kerana ia adalah salah satu sumber untuk mengelakkan anda daripada menjadi kemurungan. Ramai daripada kita menjadi murung kerana mereka tidak cintakan diri mereka sendiri malah tidak dapat merasakan cinta daripada keluarga atau sahabat handai.

Selain itu, mereka juga sangat fokus pada diri sendiri dan tidak mengendahkan keadaan sekeliling yang menjadikan mereka kurang tertarik kepada orang lain. Di samping itu kemurungan juga menghalang mereka berpeluang untuk mempelajari kemahiran bercinta.

Akhirnya mereka yang murung lebih suka bersendirian dan hanya menunggu seseorang untuk menyintai mereka. Tetapi dengan hanya menanti cinta sejati, ia tidak akan berlaku dengan semula jadi.

ANDA PERLU MENJADI SEORANG YANG POSITIF DAN AKTIF.

Untuk merasakan cinta dan di cintai, anda perlu lah menjadi seorang yang aktif, bukan hanya dengan bersosial tetapi lebih kepada explore dengan sekeliling anda. Kemudian anda boleh mempelajari beberapa kemahiran yang anda gemar, seperti berenang atau menjahit.

Anda juga perlu pelajari untuk menjadi seorang yang positif. Jika anda sukar untuk mencari sesuatu yang positif, mulakan dulu dengan diri anda sendiri. Belajar untuk berfikiran positif dan terus menjadi seorang judgmental. Perkara ini akan menjurus anda menjadi tertekan dengan diri sendiri, padahal ada sahaja cara untuk mencari solusi.

JANGAN MENJADI TERLALU STRESS DENGAN MENGHADIRI MAJLIS AGAMA.

Dan kita sebagai umat islam, perlulah belajar untuk mendedahkan diri dengan segala majlis ilmu agama yang kini senang untuk di cari. Malah, dengan teknologi masa kini, anda boleh sahaja menonton mana-mana video yang berkaitan dengan agama. Kemurungan itu sendiri adalah penyakit mental, jika diri anda sendiri tidak dapat mengawal segala apa yang terjadi di dalam minda, ia akan menjadi semakin parah.

Psikologi sendiri perlu menjadi lebih kuat kerana jika keluarga terdekat menasihati anda dengan pelbagai cara, tetapi anda sendiri tidak mahu berubah, tiada gunanya. Cuba hayati surah daripada Al-Qur’an iaitu Ar-Rahman:

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”

Setelah seluruh alam ini Allah cipta,yang tersirat mahupun tersurat, tiada satu hal pun Allah akan membebankan anda jika anda tidak mampu menanggungnya. Wallahua’lam.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,521 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen