Ingat 5 Perkara Ini Apabila Masih Mencintai Walaupun Telah Dilukai.

 

Belajar mencintai seseorang setelah melukai dan menghancurkan hati kamu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin saat ini adalah masa yang paling mencabar bagi anda. Sebaik sahaja seseorang mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati anda, ia seolah-olah sukar sembuh darinya. Tetapi mungkin anda boleh melakukan empat cara ini untuk bangkit dari kesakitan itu.



1. Jangan terlalu mementingkan diri.

Mungkin bagi anda ia perkara yang memalukan apabila ditipu dan dikhianati. Tapi anda perlu sedar bahawa bukan hanya anda sahaja mempunyai pengalaman sebegini. Banyak lagi orang senasib dengan anda. Jadi untuk apa terus menghukum diri. Anda juga berhak bahagia.

2. Anda tidak bersendirian, ramai lagi yang pernah dilukai dan terluka.

Tiada manusia yang sempurna tanpa kisah lalunya. Jadi jangan merasa rendah diri dengan pengalaman yang anda penah lalui. Setengah daripada kita kadang kala lebih mencintai namun takut untuk terluka. Jika sudah tidak mampu, hentikan saja hubungan itu.

3. Ambil masa untuk pulih.

Ambil berapa banyak masa untuk anda memulihkan diri anda sendiri. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, anda patut melupakan segala kesakitan dan kelukaan yang pernah anda alami. Hal ini kerana, untuk mengelakkan anda melukai diri
anda lagi mahupun pasangan anda.



4. Sentiasa bersikap terbuka dalam komunikasi dan sedia mendengar.

Di samping itu juga, anda perlu meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan sedia mendengar nasihat daripada orang lain. Hal ini kerana, pada ketika ini anda tidak mampu memikirkan hal yang mana baik ataupun tidak. Jadi pendapat dan pandangan orang lain itu penting!

5. Emosi mampu mengaburi pemikiran.

Kita semua ada mempunyai emosi, apabila sesuatu berlaku dalam perhubungan ia mudah menjadi sejuk mahupun panas. Tetapi ujian sebenar berlaku apabila anda tidak mampu mengawal emosi anda. Tindakan menekan dari anda kepada pasangan anda bukanlah sesuatu yang baik. Maka anda perlu mengawal emosi anda agar keadaan sesuatu hubungan itu mampu pulih.

Hubungan itu memberikan kebahagiaan bukanya melukakan hati anda. Untuk apa anda tahan segala kelukaan demi mereka yang tidak membahagiakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen