Jual Mahal Adalah Tanda Si Dia Sedang Patah Hati.

 

Apabila anda tergerak untuk memikat seseorang, tapi dirinya tidak memberikan tindak balas yang baik. Maka dengan itu anda membuat kesimpulan yang tersendiri bahawa dirinya itu adalah seorang yang jual mahal dan tidak berminat terhadap anda. Boleh jadi sahaja, anda yang terlalu cepat mengalah untuk memikat si dia, manakala si dia boleh adalah orang yang sedang patah hati sebab itulah dirinya malas melayani anda.

Jika anda ingin memiliki si dia, anda perlu berusaha sedikit untuk memilikinya. Mari ketahui adakah si dia sedang patah hati atau tidak melalui tanda-tanda ini.



1. Dia akan melihat cinta dengan pandangan yang sinis.

Dia telah meletakan harapan yang banyak pada masa lalu, kini dirinya seolah-olah sudah tidak mempercayai cinta lagi. Jadi dia hanya menganggap orang yang mendekatinya hanya mahu main-mainkan dirinya sahaja.

2. Berhenti mempercayai lelaki atau wanita yang baik.

Mereka yang patah hati ini biasanya memberikan pandangan negatif terhadap orang yang mendekati dirinya. Bagi dia, mereka yang mendekatinya itu mahukan sesuatu dan tidak ada orang yang akan benar-benar tulus mencintai dirinya.

3. Dia mula mendekati dengan perkara yang tidak berfaedah.

Biasanya mereka yang kecewa ini akan cuba keluar dari kekecewaan itu dengan mula melakukan perkara yang tidak dijangka. Mereka akan mendekatkan diri dengan perkara yang akan membuat mereka lupa akan kesakitan yang dirinya hadapi.

4. Jual mahal.

Mungkin anda akan lihat dirinya terlalu sukar untuk didekati. Tapi jika kena dengan caranya, dia pasti akan cair juga. Tapi ia akan mengambil masa yang agak lama untuk membuat hatinya percaya akan anda.



5. Mula menyakiti orang lain melalui cara yang sama.

Ada sesetengah orang ini apabila terluka dia akan mula melakukan perbuatan yang sama kepada orang yang mahukan dirinya. Tidak kiralah melalui perbuatan atau kata-kata dia ingin membuat orang tersebut sama terluka dengan dirinya.

6. Dia anggap orang lain cuba ambil kesempatan.

Orang sebegini biasanya akan mula memandang serong terhadap orang di sekelilingnya. Hal ini kerana, dia percaya bahawa orang-orang ini hanya mahu mengambil kesempatan dan kebaikan yang ada pada dirinya sahaja.

7. Dia akan cuba lakukan semua perkara bersendirian.

Apabila rasa dikhianati, mereka ini akan mula mengambil langkah untuk tidak mempercayai orang lain. Maka dengan itu, dia mula melakukan semua perkara bersendirian tanpa menerima pertolongan orang lain atau cuba meminta bantuan.

Jika anda melihat si dia miliki tanda-tanda seperti ini, jangan pernah mengalah untuk menambat hatinya dan membuatnya percaya bahawa seseorang yang baik ada untuknya. Jangan cepat mengalah kerana orang sebegini perlukan sokongan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen