6 Alasan Anda Tidak Perlu Segan Mengaku Masih Single.

 

Anda masih tidak mempunyai kekasih hati? Anda malu mengakui kepada kenalan rapat yang anda masih solo? Anda frust dikecam ‘tidak laku’, ‘jua mahal’ dan sebagainya? Jangan risau! Buang segala perspektif mahupun tohmahan cliché itu jauh-jauh kerana ada sebab tersendiri untuk anda kekalkan status ‘single and available’. ‘Bro, bila nak kahwin?’, ‘Bro, bila kau nak ada buah hati ni’? Soalan itu sering kali diajukan kepada sesiapa sahaja yang masih tidak berteman. Kadang-kala naik muak mengulangi jawapan yang sama. Namun, jika anda masih bersendirian anda tidak perlu risau kerana menjadi solo bukan perkara yang buruk. Apabila tiba masanya pasti ada jodoh dan anda akan memiliki teman hidup.



6 ALASAN ‘COOL’ KEKAL SOLO.

1) Bebas dan Berdikari.

Sekiranya masih solo, hargai masa terluang yang ada kerana anda bebas!. Dengan kebebasan yang anda miliki, buat sahaja apa yang anda suka tanpa perlu memikirkan kerelaan mahupun perasaan buah hati anda. Anda juga tidak perlu meminta kebenaran sekiranya ingin kemana-mana. Shopping, tengok wayang bersama kawan-kawan dan pelbagai aktiviti lain boleh anda nikmati dengan hati yang tenang.



2) Jadi seorang kawan yang baik.

Tanpa kekasih hati, anda boleh luangkan lebih masa bersama kawan-kawan ‘sekepala’. Anda tidak perlu membahagikan waktu antara teman sejiwa (kekasih) dengan kenalan rapat.
Semestinya anda punya masa berkualiti untuk dihabiskan bersama-sama. Bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan, malah memberi peluang mengenali diri dan rakan-rakan yang lain. Anda haruslah jadi seorang kawan yang baik.

3) Masa berkualiti di rumah.

Pastinya timbul dilema, bila anak sudah berpasangan pastinya ibu dan bapa rasa kesunyian. Namun bagi anda yang masih tidak berpunya, inilah masanya untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama ibu dan bapa anda. Ambil peluang ini walaupun untuk sementara. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama seperti makan malam, berkelah, melancong dan sebagainya.



4) Cari duit lebih.

Peluang ini tidak selalu datang bergolek. Apabila berpacaran, banyak masa anda akan dibahagikan untuk kekasih hati. Jika tidak, ambil kesempatan yang ada untuk mencari duit lebih. Contohnya lakukan pekerjaan sambilan. Bukan sahaja memberi keuntungan malah anda juga berpeluang berjumpa ramai kenalan baru dan mungkin juga bakal jodoh anda. Siapa tahu bukan?

5) Jimat kos perbelanjaan.

Tidak dapat dinafikan, jika sudah berpasangan pastinya banyak duit yang haris dilabur, terutama sekali bagi lelaki. Ingin nampak bergaya di hadapan kekasih, poket kena tebal. Namun jika anda masih solo, pastinya anda dapat menjimatkan kos hiudp. Duit anda itu boleh digunakan untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga tersayang. Contohnya membeli kereta, pakaian, melancong dan sebagainya. Jimat kos perbelanjaan anda bulan-bulan.

6) Kurang tanggungjawab.

Biasalah, bila sudah ada kekasih pastinya beban di bahu akan bertambah dari segi masa, wang, ruang, kasih sayang dan sebagainya. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Yang pasti, segala keputusan terletak dalam tangan anda dan tiada apa yang akan mempengaruhi keputusan anda itu. Walaubagaimana pun, anda juga harus bersedia untuk menerima tanggungjawab lain atau yang bakal tiba.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen