Pasangan Yang Baik Itu Rahmat Dari Allah SWT, Jadi Kena Hargai.

 

Satu kenyataan yang tak ada siapa mampu sangkal, semua orang nak rasa diperlukan dan dihargai. Malangnya, keperluan ini selalu diabaikan dan dipergunakan. Bila anda baru berkahwin, setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan anda terasa istimewa. Lama-kelamaan, rasa itu makin hilang. Bila dia keluar bekerja, anda tak rasa pun yang dia berusaha untuk anda sebaliknya 'itu kan memang kerja dia'. Sama juga, mula-mula dulu, setiap masakan isteri anda akan buat anda tersenyum. Tapi lama-lama ia jadi benda biasa. 'Kan memang kerja dia?'



Macam mana perkara ini boleh terjadi? Mungkinkah sebab manusia memang suka ambil mudah tentang usaha orang lain, terutama sekali bila usaha itu dilakukan oleh orang-orang yang rapat dengan kita?

Pasangan yang bahagia dalam perkahwinan mereka sentiasa berpegang pada hadis ini;

'Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah' (HR Abu Daud, Tirmidzi)



Kenapa tidak? Nah 5 sebab kenapa anda patut berterima kasih kepada pasangan anda sekarang:

1. Sebab dia sediakan sediakan rumah untuk anda rasa selesa.

2. Sebab dia belikan pakaian dan pastikan anda ada baju bersih untuk dipakai setiap hari.

3. Sebab dia belikan atau sediakan makanan sedap untuk anda setiap hari.

4. Sebab dia ada untuk temankan anda bila anda perlukan teman.



5. Sebab dia ada untuk jaga anda bila anda perlukan sokongan.

Firman Allah SWT : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras'. (QS Ibrahim 14:7)

Pasangan anda adalah nikmat yang besar dan rahmat dari Allah SWT kepada hambaNya; mereka adalah sumber sokongan spiritual, emosional, mental dan fizikal yang tak boleh ditukar ganti. Pasangan yang bahagia akan rasa semakin bahagia dengan mudah bila mereka melaksanakan perintah Allah SWT dalam ayat di atas - mereka bersyukur setiap hari dengan pasangan yang telah Allah SWT kurniakan jadi Allah SWT meningkatkan rasa bahagia ke atas satu sama lain dalam hati mereka, seperti yang Allah SWT janjikan. Kalau anda masih tak yakin, cuba ingat semula, dah berapa kali anda tak ucapkan terima kasih atau hargai pasangan anda sebab ego? Berapa kali anda dah menidakkan usaha baik pasangan anda melalui kata-kata pedas dalam perbalahan yang sia-sia?

Setiap konflik yang tak diselesaikan, setiap kata-kata yang menyakitkan, dan setiap rengekan tanpa sebab adalah keengganan untuk akui jasa pasangan hidup anda. Ia menidakkan rahmat Allah SWT yang ramai orang cuma boleh berangan nak dapat. Akibatnya, anda akan rasa murung, geram, nak marah, benci, hilang rahmat, dan mungkin juga kesakitan dan kesusahan dalam hidup dan perkahwinan anda sendiri.

Firman Allah SWT;
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (QS Adh-Dhuha 93:11)



Jadi kalau anda belum buat, tepikan ego dan beritahu pasangan anda betapa anda bersyukur dengan adanya si dia di sisi anda. Anda dan pasangan boleh mula bersyukur untuk sama lain dengan cara ini;

  • Ucapkan terima kasih pada satu sama lain untuk sekurang-kurangnya satu perkara setiap hari. Anda boleh hantarkan mesej Whatsapp, tinggalkan nota di depan peti sejuk, atau sebelum anda tidur.
  • Bertukar senyuman dan kata 'terima kasih, saya sangat-sangat hargainya'.
  • Ucapkan terima kasih setiap kali pasangan anda buat sesuatu untuk anda
  • Beli / buatkan benda-benda kecil yang anda tahu pasangan anda pasti suka
  • Tulis perkara-perkara yang anda suka tentang pasangan anda dalam satu buku nota dan saling bertukar buku nota itu sekali sekala. Bila si dia baca, pasti hatinya akan tersenyum nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen