6 Amalan Untuk Memperbaiki Diri Berserta Mendekatkan Diri Pada Jodoh.

 

Setiap manusia pasti terdetik di dalam hati untuk memperbaiki diri, untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam, malah ingin beristiqomah dalam melakukan suatu kebaikan. Tidak mahu nanti ada orang mengata, sekejap baik, sekejap jahat.

Jadi, bagaimana mahu beristiqomah untuk memperbaiki diri, malah dapat mendekatkan diri anda dengan jodoh kelak, bagi yang masih belum bertemu jodoh. Jom baca…

1. Berdisiplin dan jaga solat di awal waktu.

Cara untuk berebut pahala adalah dengan memastikan anda solat pada awal waktu. Tanamkan sifat rasa tidak sabar untuk bertemu dengan Allah ketika solat. Jika kita sering melambat-lambatkan solat, tertinggal solat dengan sengaja, ia akan memberi kesan pada rezeki untuk sampai pada kita. Rezeki itu terbentang luas bukan tertakluk pada harta dan duit sahaja. Jodoh juga antara rezeki kita yang Allah beri.

Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah” [Riwayat al-Tirmizi]

2. Rajin membaca surah Yaasin pada setiap pagi.

Usai sahaja solat subuh, bacalah Yaasin pada setiap pagi. Bangun awal sedikit supaya tidak tergopoh-gopoh untuk pergi ke kerja pula. Jika anda mulakan hari anda dengan solat subuh dan bacaan Yaasin, Insya Allah hati akan tenang. Nak lakukan semua kerja pun akan sentiasa cuba husnudzon, kerana surah Yaasin ini merupakan hati atau jantung Al-Qur’an.

Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. Insya Allah.

3. Membaca Surah Al-Waqiah setiap malam.

Surah Al-Waqiah ini Insya Allah akan diberikan kekayaan berserta rezeki yang melimpah ruah seperti kejayaan, pekerjaan, kesihatan, dan termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” [Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.]

Tambahan, anda boleh juga melakukan Solat Dhuha kemudian membaca surah Al-Waqiah setiap pagi. Terpulang pada individu dan mengikut keselesaan.

4. Melakukan solat Tahajjud setiap malam.

Mengabdikan diri anda pada Allah ketika sepertiga malam akan disayangi oleh Allah SWT, Insya Allah. Kerana ketika ramai insan yang lena dibuai mimpi, anda beribadah pada-Nya dan menangis memohom keampunan. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya

5. Menjauhi perkara haram dan maksiat.

Masakan apabila telah mendekat diri pada Allah, anda juga semakin mendekati perkara haram dan maksiat? Kalau itu yang berlaku, check balik solat anda. Adakah anda solat bersungguh-sungguh atau main-main sahaja sehingga teringat pada hal duniawi? Jika anda bersungguh-sungguh dan beristqomah untuk memperbaiki diri, Insya Allah akan dijauhkan dari perkara haram dan maksiat.

Jika anda mahukan pasangan atau bakal jodoh dari kalangan yang baik-baik, perbaiki diri dahulu.

6. Banyakkan senyum dan sedekah.

Selain daripada itu, filter diri anda terdahulu. Jangan terlalu mengambil kisah tentang orang lain seperti “Kalau kau tak buat dulu, aku pun taknak buat..”. Kenapa perkara yang baik anda tidak mahu menjadi orang pertama yang lakukan? Jika selalu sangat bermasam muka, dan menyombong diri, banyakkan bersenyum.

Jika sebelum ini anda banyak menerima daripada memberi, bersedakah la pula. Orang yang suka bersedekah pasti akan mendapat ganjarannya. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen