Carilah Bakal Isteri Yang Cantik Di Luar Dan Di Dalam.

 

Kecantikan adalah sangat subjektif bagi setiap orang. Malah pandangan mata lelaki juga sangat berbeza apabila melihat pada seorang wanita. Setiap wanita yang mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri akan dilihat oleh lelaki yang berbeza. Namun, jika dilihat hanya luaran sahaja tidak mementingkan dalaman seperti akhlak, akan mengkibatkan hubungan sedikit goyah.

Seperti hadith dibawah….

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang lelaki yang mahukan wanita yang cantik paras rupanya. Ini menambahkan ketidakpuashati buat kaum wanita. Sebagai contoh terdekat yang kita dapat lihat, apabila mereka berjalan-jalan ke shopping mall, mata mereka hanya alert pada yang cantik sahaja.

Seperti si suami yang sedang berjalan dengan isteri sendiri pun boleh terpegun melihat kecantikan yang ada pada wanita lain. Sudah tentu ramai wanita yang bergelar isteri  mudah naik menyampah dengan perangai si lelaki kerana lebih mementingkan paras rupa dari ciri lain.

TETAPI walau ramai 'jodoh' yang lalu depan mata, bukan senang nak cari yang betul-betul boleh buat calon hidup semati kerana….

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik..” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebab nak mencari wanita solehah tentulah berada dalam kelompok yang bijak memelihara kecantikannya untuk suaminya sahaja, pandai menjaga harta dan keturunannya. Jadi, sudah tentu ciri-ciri tersebut ada pada wanita yang beragama.

BUKAN KECANTIKAN LUARAN SEMATA-MATA TETAPI….

Selain daripada itu, perlulah mencari seorang wanita yang rajin dan ringan tulangnya untuk menolong bakal ibu mertua di dapur. Tidak lah asyik ber-selfie semata-mata untuk menunjukkan kecantikkan di sosial media. Parah juga.

Jika di rumah bakal ibu mertua pun sering berasa kekok dan ‘blur’ tidak tahu buat apa-apa, bagaimana mahu belajar menjadi seorang ibu kelak? Jika semua perkara perlu disuruh, baru dibuat, bagaimana untuk menguruskan rumah tangga bersendirian kelak? Terutama bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kecantikkan itu adalah satu bonus dan menjadi lumrah seorang wanita suka melaram. Jangan pula sebelum kahwin sibuk menjaga muka dan badan, tetapi setelah berkahwin bagaikan mayat hidup. Lelaki juga perlu lah bijak untuk mendidik isteri dan menguruskan hal rumah tangga, baru lah dikatakan saling melengkapi.

Jadi beringatlah wahai wanita dan lelaki, kecantikan dan kekacakan seseorang masih lagi boleh di touch up walaupun setelah berkahwin. Jika ada orang yang jaga, sudah tentu hati senang, badan bahagia, semuanya lengkap. Tetapi iman di dada belum tentu mampu dibina walau tinggi pengetahuan agama!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,411 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen