6 Tanda Anda Terlibat Dengan Cinta Yang Buta.

 

Mencintai seseorang itu bukanlah satu perkara yang salah. Tetapi anda tahu, mencintai seseorang dengan berlebihan boleh dikategorikan sebagai cinta buta. Cinta buta ini adalah apabila anda telah dibutakan dengan cinta sehingga anda tidak menyedari bahawa anda telah melakukan perkara yang salah. Di mana anda terlalu hanyut akan kehangatan asmara sehinggakan anda telah memilih jalan yang salah dalam perhubungan itu. Bukan itu sahaja, anda juga sudah tidak mempedulikan orang lain apabila terlibat dengan cinta buta ini.

Apabila anda terlibat dengan cinta buta ini, banyak orang akan terluka dengan kelakuan anda tapi apabila anda menyedari anda merasakan bahawa anda telah jauh tersilap langkah. Barikut adalah 6 tanda anda terlibat dengan cinta buta.



1. Kehilangan pertimbangan diri.

Biasanya orang yang terlibat dengan cinta buta ini akan hilang pertimbangan diri. Anda tidak tahu membuat pertimbangan yang baik untuk diri anda sendiri. Sebagai contoh, apabila dia berkelakuan kasar dengan anda, tapi anda masih merasakan bahawa dia adalah pasangan hidup yang terbaik. Sedangkan pasangan yang baik akan menjaga dan melindungi anda.

2. Tidak menerima pandangan dari orang lain.

Apabila rakan atau orang yang paling dekat dengan anda memberi nasihat tentang hubungan anda, anda hanya mengabaikan perkara tersebut. Bagi anda dia tidak tahu secara keseleuruhan yang anda rasai. Oleh sebab itu dia tidak berhak untuk memberikan pandangannya terhadap perhubungan anda. Malah anda hanya akan mengabaikan setiap nasihat yang diberikan itu.

3. Tetap maafkan walaupun dicurangi.

Biasanya apabila seseorang itu diduakan oleh pasangannya, pasti akan berasa marah, malah ingin berpisah tapi itu bukan anda. Anda akan memaafkan perbuatannya dan mempercayainya bahawa dia tidak akan memperlakukan perkara tersebut lagi. Sedangkan selepas itu akan banyak kali perkara yang sama akan berlaku pada hubungan anda.



4. Bertahan dengan sikapnya.

Hanya kerana anda terlalu sayang akan dirinya, anda sanggup memejamkan mata atas setiap perbuatan yang salah. Bagi anda itu semua tidak mengapa asalkan dia tidak meninggalkan anda. Walaupun anda sakit hati dan kecewa dengan tingkahnya tetapi tetap sahaja anda bertahan kerana merasakan dia mencintai anda.

5. Rela dibohongi.

Dalam perhubungan ini perlulah sentiasa saling jujur dalam semua perkara. Tetapi anda tidak kisah dibohongi asalkan dia masih kekal disisi anda. walaupunanda ingin mengubah dirinya atau terlalu menyayanginya, itu tidak bermakna anda perlu membernarkan dia untuk menipu anda dan melukakan hati anda.

6. Muncul pelbagai tabiat buruk dalam diri anda.

Pasangan yang baik ini biasanya akan membawa kita ke jalan yang lebih baik. Tetapi berlainan dengan mereka yang terlibat dengan hubungan sebegini. Sejak bersama pasangan anda, semakin banyak kelakuan yang buru dilihat dalam tingkah laku anda. Sebagai contoh, anda sudah mula menipu orang sekeliling serta anda juga mudah marah.

Hubungan sebegini tidak elok untuk diri anda. Percintaan ini seharusnya memberikan kebahagiaan kepada anda tetapi jika hubungan sebegini ia hanya memberi keburukan sahaja.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen