Tanda-Tanda Anda Ingin Menguasai Hubungan Yang Terjalin.

 

Hubungan sepasang kekasih ataupun suami isteri ini haruslah satu hubungan yang sihat. Di mana ia bukan mengenai penindasan mahupun melukakan. Tapi lebih kepada tolong menolong, berkerjasama dan bertolak ansur. Apabila anda mula menguasi hubungan, ia tidak lagi menjadi hubungan yang sihat. Hal ini kerana, pasangan anda pasti akan terluka dengan perbuatan anda.

Ramai yang tidak sedar bahawa dirinya itu sudah mula menguasi hubungan tang terbina. Tidak kiralah lelaki atau wanita kedua-duanya mempunyai peluang untuk menguasi dan mengawal hubungan. Anda tidak percaya? Lihat tanda-tanda ini.



1. Menjadi lebih sensitif.

Anda ataupun pasangan anda akan mula menjadi lebih sensitif. Bukan kerana dia melakukan salah atau apa, tetapi anda mula mencari salah pasangan anda. Banyak perkara yang tidak kena pada dirinya, sedangkan dahulu setiap perkara yang dia lakukan itu biasa-biasa sahaja bagi anda. Kini anda merasakan ia adalah kesalahan yang tidak sehrusnya pasangan anda lakukan.

2. Menjauhkan dia dari rakan-rakannya.

Anda mula ingin memiliki dia secara keseluruhan. Anda mula rasa cemburu melihat dia bersama rakan-rakannya yang lain walaupun mereka itu adalah rakan yang sama jantina dan anda juga kenal mereka. Tapi kerana anda tidak sanggup berkongsi, maka anda cuba menjauhkan pasangan anda dengan rakan-rakan anda. Hal ini kerana, anda ingin pasangan anda itu selalu anda untuk anda.

3. Meragukan pasangan.

Setiap gerak gerinya pasti menjadi masalah buat anda. Apa sahaja yang dirinya lakukan pasti akan anda ragukan. Pasti ada sahaja perasaan curiga dalam diri anda. Sedangkan pasangan anda itu tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi tetap sahaja dia akan dimarahi kerana perasaan anda sendiri.



4. Abaikan kesalahan anda.

Jika pasangan anda melakukan kesalahan, anda akan mengamuk dan memarahinya tapi jika anda yang melakukan kesalahan, anda pasti tidak mahu mengaku malah ingin segera melupakan. Hal ini kerana, anda merasakan bahawa anda terlalu baik untuk pasangan anda. Sebab itulah anda hanya lihat kesalahan pasangan anda sahaja.

5. Sengaja merisaukan pasangan.

Perasaan cemburu itu pasti akan ada pada pasangan tapi, anda tidak mahu terlihat sebagai cemburu maka anda akan gunakan ia sebagai kerisauan yang melampau. Dan kadang kala anda hanya mengganggu pasangan hanya kerana anda risau sekiranya dia bersama orang lain. Sedangkan anda tahu apa yang dirinya sedang lakukan.

Apabila anda mula mempunyai keinginan untuk menguasi hubungan, maka anda akan mula kehilangan pasangan anda sedikit demi sedikit. Hal ini kerana, pasangan anda akan mula kecewa dengan sikap anda dan dia akan mula rasa terluka hingga menyebabkan dia tawar hati dengan hubungan kalian. Jadi hati-hati.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen