Cara-Cara Untuk Memastikan Teman Lelaki Meluahkan Rasa Rindu dan Mengingati Diri Anda.

 

Bagi diri lelaki itu sendiri, menjadi diri mereka adalah mudah kerana semua perkara tidak merumitkan. Malah mereka sendiri tidak boleh melihat atau berbual tentang perkara-perkara yang menyulitkan. Apa yang mereka tahu atau lakukan perlulah mudah. Oleh kerana itu, apabila diberikan kerja-kerja yang sukar, mereka hanya tertumpu pada kerja tersebut dengan jangka masa yang agak lama untuk fokus.

Dalam percintaan pula, lelaki juga agak sukar untuk menyatakan perasaan rindu dan sayang kerana ia adalah satu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Tambahan bermain dengan perasaan adalah perkara yang sememangnya mahu dijauhi oleh semua lelaki. Bagi mereka, kalau boleh semua nak mudah, tetapi tidak pula bagi wanita.

“Kalau rindu cakap lah…”

“Kalau sayang, cakap lah sayang…”

“Kalau bosan, bagitau lah, jangan senyap…” Akan tetapi kebanyakan lelaki akan menjawab “Saya okay je lah, mana ada bosan dengan awak…” dimana jawapan tersebut tidak dapat memuaskan hati kaum wanita.

Jadi, bagaimana untuk memastikan teman lelaki anda sentiasa rindu dan mengingati diri anda, malah mudah untuk meluahkan perasaan rindunya? Jom baca…

1. Sentiasa meninggalkan keadaan dengan lebih baik dan positif.

Setiap kali selepas bertemu dengan teman lelaki anda, pastikan mood anda dengan si dia dalam keadaan yang baik dan tidak berdendam. Ini kerana terlalu banyak sahaja terjadi dimana pasangan sering bergaduh ketika dating. Ada sahaja perkara yang tidak puas hati bagi kaum wanita. Seperti soalan di atas, apabila terlihat sahaja reaksi pasangan seperti bosan dengan anda, pasti soalan tersebut akan ditanya, kan?

Jika tidak berpuas hati, pasti akhirnya akan berlaku pergaduhan. Jadi, elakkan bergaduh kerana hal kecil sahaja.

2. Sentiasa tahu untuk memberi ruang pada dirinya untuk bertenang.

Apabila berlaku pergaduhan atau mengalami konflik, berikan ruang pada teman lelaki anda. Jangan tanya soalan yang bertubi-tubi malah menyakitkan hatinya. Jika sudah tahu jawapan, terima dengan seadanya, jangan tanya soalan berulang kali, dimana lelaki agak rimas dengan situasi begitu. Biarkan sahaja dirinya bertenang kerana jika teman lelaki anda benar-benar sayang dan rindu pada anda, pasti dia akan datang mencari.

3. Jangan terlalu memaksa dirinya untuk merindui anda.

Ada juga wanita yang suka memaksa teman lelaki mereka untuk merindui diri mereka. Jika perkara ini kerap berlaku, khuatir tiada lagi perasaan rindu dan sayang dalam dirinya, tetapi perasaan simpati sahaja. Adakah anda mahu teman lelaki merindui anda, hanya kerana kesian sahaja? Jadi, jangan membuatkan teman lelaki anda hanya mencari anda ketika dirinya bosan sahaja.

4. Jangan terlalu mendesak dalam hubungan.

Jika lelaki tidak suka dipaksa, mereka juga agak kurang gemar didesak untuk melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka.

“Alaaa…. Kenapa tak rindu pula?”

“Dah tak sayang saya ke?”

5. Hanya menjadi diri sendiri.

Dan yang paling penting, jadi diri anda sendiri supaya teman lelaki anda sebenarnya merindui anda yang sebenar dan bukan pada ‘orang lain’. Jika anda cuba untuk menjadi orang lain untuk memikat hatinya, jadi anda cuba menjadi siapa untuk si dia merindui?

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,691 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen