“Apa Yang Kita Lalui Pada Zaman Kanak-Kanak Akan Mempengaruhi Cara Kita Menguruskan Keluarga Kelak” Betul ke?

 

Apa yang terjadi pada diri kita ketika waktu kecil, sedikit sebanyak akan mempengaruhi waktu kita sedang membesar. Bagaimana kita dibentuk atau dididik oleh ibu bapa, pasti akan memberi kesan ketika membesar dari anak remaja hinggalah ke dewasa.

Namun, adakah situasi begini juga akan mempengaruhi cara ‘parenting’ kita pada anak-anak kelak? Jom ikuti perkongsian dari saudara ini…

********

Pernah tak terfikir, kenapa ada ibu bapa boleh mengekalkan gelak tawa disaat berhadapan dengan perangai anak yang menguji kesabaran. Dalam masa yang sama, ada pula ibu bapa yang akan mula menjerit dan bersifat tegas.

Kenapa ada ibu bapa, risau dengan kata-kata orang, ragu-ragu untuk bertindak, sementara ada ibu bapa lain pula mampu untuk bertenang dan bergembira dengan telatah anak.

Tak dinafikan, kadang-kadang ia bergantung kepada tahap 'stress level' diri kita. Kita semua tahu, kalau kita dalam keadaan 'stress', kita akan lebih mudah hilang sabar.

Tapi jangan dilupakan bahawa cara kita berfikir dan sikap kita dalam membuat penilaian situasi juga memainkan peranan penting.

Sebab itu ada ibu bapa yang melihat anak-anak bersikap kurang ajar, tetapi memilih untuk tenang dan mula disulami dengan perasaan ingin tahu kenapa anaknya bersikap sedemikian. Sebaliknya, ada juga ibu bapa yang 'get triggered', dan mengganggap sikap anak ini ialah bahaya dan perlu dihukum.

Mungkin ramai yang tak mempercayai faktor zaman kanak-kanak kita sendiri sebenarnya mampu mempengaruhi cara 'parenting' kita.

Kerana perkara ini ialah 'unconscious' dan terbentuk sejak zaman kanak-kanak kita lagi.

Aku akan huraikan,

1. Jika ibu bapa kita dulu bersikap kasar kepada kita apabila kita dalam keadaan kecewa.

Kita akan membuat konklusi bahawa perasaan kecewa hanya untuk waktu kecemasan sahaja. Sebab itu kita mudah untuk mengambil keputusan untuk lawan atau lari dari sesuatu keadaan. Dalam english kita sebut sebagai 'fight or flight'. Kerana kita dah anggap perasaan kecewa hanya untuk waktu kecemasan. Anak akan dianggap macam musuh.

2. Jika kita tidak dilayan dengan hormat disaat zaman kanak-kanak kita.

Kita akan membesar dan menjadi orang yang sentiasa beranggapan tidak dihormati orang keliling. Ini akan menyebabkan kita mudah untuk bertindakbalas dengan kemarahan walaupun hanya sedikit sikap tidak hormat dari orang lain. Walaupun ianya datang dari anak yang baru berumur 1-3 tahun.

3. Jika kita membuat konklusi bahawa zaman kanak-kanak kita tidak bagus.

Kita tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Mungkin kerana dipandang rendah atau selalu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Percayalah, kita akan membentuk sikap terlalu mengharap kesempurnaan. Sifat 'perfectionism' akan merosakkan hubungan cinta tanpa syarat 'unconditional love' terhadap anak kita. Anak-anak akan merasakan, bahawa kita tak menyayangi mereka seadanya.

4. Jika kita selalu dibuli atau sering dikritik didepan orang ramai.

Contohnya, depan sedara mara sendiri. Dipukul dan dimarahi depan orang lain. Kita akan berhadapan dengan masalah untuk berhadapan atau berkomunikasi dengan baik dengan orang lain atau dalam english kita sebut sebagai 'social difficulties'. Bayangkan, anak kita pula dibuli, kita akan menjadi terlalu lemah dan tak mampu untuk pandu mereka secara konstruktif.

Adakah semua faktor ini akan mempengaruhi kita?

Aku akan jawab. Ya dan semestinya.

Melainkan kita dah banyak berusaha, cari jalan alternatif lain untuk membaiki diri sendiri.

Tidak kisahlah sama ada ibu bapa kita sangat penyayang atau kasar dengan kita dulunya. Kita tetap akan menilai dan membuat konklusi sendiri terhadap zaman kanak-kanak kita tersebut. Ini pastinya akan mempengaruhi kita sedikit sebanyak.

Sebab itu jika dulunya, kita memiliki memori yang sangat mengecewakan. Ketahuilah bahawa otak kita, tak akan dapat proses memori ini sepertimana yang sepatutnya. Memori ini akan kekal dan tidak akan diproses, terkumpul bersama emosi yang kita rasai pada waktu itu.

Jika kita diuji sekali lagi dengan perkara yang sama, badan kita akan merasai atau menghadapi sensasi yang melampau. Ini kerana emosi yang tidak diproses sempurna itu telah dicetus kembali akibat situasi sama yang berlaku sekali lagi.

Ianya umpama kita mengumpulkan emosi yang tidak diproses sempurna ini dalam satu beg galas yang berat.

Beg galas yang bersifat separa sedar inilah yang akan memaksa kita untuk mudah bertindak tanpa sedar. Lebih-lebih lagi ianya datang dari zaman kanak-kanak kita sendiri, pastinya mempunyai kemampuan luar biasa untuk 'trigger' diri kita.

Persoalannya, bolehkah kita merawat perkara ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen