Jangan Asyik Bertanya ‘Kenapa Tak Kahwin Lagi?’ Kerana Ia Menandakan Kita Tak Menjaga Perasaan Si Dia.

 

Hati manusia ini tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang dapat membaca. Tetapi apabila terlalu ingin mengetahui semua benda secara terperinci, atau pun berkali-kali bertanyakan soalan yang sama, padahal terlupa, pasti menyakitkan hati.

Jom ikuti perkongsian dari saudara ini berkenaan dengan masalah mulut dan hati….

********

Saya minta tolong kepada semua. Sebelum bercakap, fikirlah dalam - dalam. Adakah percakapan anda itu akan mengguris perasaan orang lain? Jika anda rasa tidak, fikir semula. Letakkan diri di tempat orang tu dan cuba mainkan soalan atau percakapan yang anda ingin nyatakan.

Kenapa perlu fikir dua kali? Kerana kali pertama ialah kita punya zon selesa. Apabila di dalam zon ini, kita selalunya tidak akan nampak apa yang orang lain nampak atau rasa. Sebabnya, kita biasa dan selesa dengan keadaan ini. Jadi kita takkan rasa bersalah.

Bila fikir kali kedua In Shaa Allah mata kita akan terbeliak. Kita akan sedar, betapa jijiknya kita jika kita teruskan dengan percakapan atau persoalan kita.

Penerima soalan atau percakapan anda tu mungkin memberi 2 reaksi. Sama ada mereka akan senyum, gelak dan tawa sambil memendam rasa, atau anda akan terus dibuang dari senarai orang yang perlu dia hormati. Kerana anda sebenarnya tidak menghormati dia.

Antara soalan - soalan yang tidak memikirkan perasaan orang lain adalah :-

  1. "Kenapa kau tak kahwin lagi?"
  2. "Kenapa tak dapat anak lagi?"
  3. "Kenapa badan ko nampak makin berisi / kurus?"
  4. "Sampai bila kau nak menyewa?"
  5. "Aku dulu lagi susah dari kau, tau?"
  6. "Sampai bila kau nak menjanda / menduda?"
  7. "Aku tengok kau berniaga dari dulu tak kaya - kaya pun?"

Tolong berhenti bertanyakan soalan - soalan ini kerana anda telah dan akan menyakitkan hati dan perasaan orang yang menerima soalan itu.

Anda tak tahu apa yang mereka lalui. Anda takkan tahu masalah yang mereka lalui. Apa juga yang anda telah lalui TIDAK SEMESTINYA sama dengan apa yang orang lain lalui.

Berhentilah membanding - bandingkan. Ini bukanlah pertandingan. Bersyukurlah dengan apa yang telah anda lalui.

Jika anda rasa anda sudah berjaya, jangan memandang rendah orang yang belum berjaya.

Jika anda telah lalui keadaan yang sukar, jangan memandang remeh kesusahan orang lain.

Terlalu ramai orang sebegini yang main cakap lepas je. Sedarlah dan berhentilah dari membuatkan orang lain bersedih. Anda tidak tahu betapa soalan - soalan itu terlalu membinasakan jiwa.

Jangan anggap anda rapat dengan orang itu, anda berhak untuk sakitkan hatinya. Sepatutnya anda lebih memahami.

Kenal tak orang yang sebegini?

Peringatan ini untuk saya juga. Semoga bermanfaat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen