6 Tanda Teman Lelaki Sudah Bosan Mula Dengan Anda.

 

Menjaga sebuah hubungan untuk berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya kea lam perkahwinan ini bukanlah satu hal yang mudah. Tidak kiralah ketika anda sedang hangat dilamun cinta ataupun telah menjadi tunangan dirinya, itu semua belum menjaminkan bahawa hatinya adalah milik anda. Hal ini kerana, anda seseorang itu boleh berubah bila-bila masa sahaja, walaupun tiada hubungan yang terbina itu tiada masalah.

Namun begitu, siapa menduga ia hanya datang dengan perasaan bosan terhadap diri anda sahaja akan menyebabkan segalanya berakhir. Oleh sebab itu, mari ketahui tanda-tanda sekiranya pasangan anda itu sudah mula bosan dengan sikap anda.



1. Mula abaikan kata-kata anda.

Perkara yang anda boleh lihat anda melalui komunikasi kalian berdua. Apabila si dia mula rasa bosan dengan anda, sudah pastilah dia akan mula mengabikan kata-kata anda. Apa yang anda katakan pada dirinya hanya akan masuk telinga kanan dan keluar teliga kiri. Apabila anda bertanya semula kepadanya, dirinya akan memberikan alasa seperti tidak jelas, terlupa dan tidak dengar. Jika ada tanda ini anda seharusnya sudah mula berhati-hati.

2. Mudah marah.

Apabila ingin berbincang sesuatu perkara, dia akan lebih cepat melenting walaupun ia bukanlah satu perkara yang besar. Bahkan ia bukan berkaitan dengan dirinya sahaja, sedangkan ia berkaitan dengan anda berdau. Dia kini sukar untuk dibawa berbincang serta menjadi pendengar yang baik.

3. Kelakuan yang dingin.

Jika dahulu, setiap pertolongan anda sudah pasti akan segera terlaksana tapi kini, setiap perkara yang anda perlukan pertolongan sudah pasti akan merubah riak wajah mahupun suaranya. Bahkan setiap pertolongan yang dihulurkan juga agak sedikit lambat kerana dirinya sengaja melengahkan masanya.



4. Sibuk dengan telefon bimbit.

Dahulu, jika tidak lihat muka anda mahu sahaja beribu kali ucapkan kata rindu. Tidak cukup dengan itu, siang malam terbayangkan wajah anda dan ingin luangkan masa bersama, tapi kini apabila berjumpa sahaja dirinya pasti sibuk dengan telefon bimbitnya. Tidak cukup dengan itu, apabila anda bercakap dengannya juga, tiada eye contact dari dirinya.

5. Banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

Dulu selalu ingin berkepit sahaja. Kemana-mana sahaja pasti dia akan membawa anda disisinya. Tapi kini dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan rakan-raakannya. Bukan hanya itu sahaja, kini dia tidak berjumpa dengan anda juga tidak mengapa kalau jumpa jarang-jarang juga sudah tiada kata-kata rindu.

6. Mula mengelak diri anda.

Perkara yang paling jelas akan berlaku dalam hubungan anda adalah dia akan mula mengelakan dirinya dari anda. Setiap perkara ada sahaja alasan yang akan diberikan. Sedangkan dahulu dia bukan orang seperti itu. Anda juga merasakan hubungan anda semakin jauh dengan dirinya.

Apabila anda melihat tanda-tanda seperti ini dalam hubungan dan pada pasangan anda. Jangan lengahkan masa lagi, tapi segera lakukan sesuatu agar hubungan kalian tidak semakin renggang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen