“Awak Punya Hati, Berhak Untuk Dihargai…”

 

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita itu mungkin sekadar pinjaman sementara sebagai peneman dan memberikan pengajaran dalam hidup. Mungkin saja dirinya bukan seseorang yang tepat untuk kita, bahkan bukan juga jodoh kita.

Oleh sebab itu, jangan terlalu awal memberi hati kepada seseorang selagi anda belum melihat kesungguhan dan keseriusan dirinya terhadap anda. Jika anda terlalu cepat memberi hati, tidak mustahil anda akan terluka apabila ditinggalkan nanti.



Mari ikuti nukilan yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Ridhwan mengenai perkara ini.

Ada orang, dia datang dalam hidup awak sekadar untuk mencuba. Dia tak benar-benar mahu, dia tahu yang dia akan menyakitkan pada akhirnya, tapi dia mencuba. Kerana dia keseorangan. Dia cuma mahukan teman, tapi sekadar teman. Tak lebih dari itu.

Dia akan memberikan segala yang awak mahu. Dan cuba berkongsi rasa seolah-olah dia memahami segala-galanya. Segala kerisauan dalam hidup awak, akan ditarik keluar satu-persatu dengan jalan penyelesaian yang dia berikan. Awak akan mula percaya.

Hinggalah satu masa.

Bila mana dia perlahan-lahan menyedari yang kelebihan yang ada pada awak ini, bukanlah seperti mana yang dia mahu. Dia mahu lebih dari itu. Malah, menambah buruk lagi bila kekurangan yang ada dalam diri awak ini seolah-olah tidak dapat diterima secara keseluruhan.

Dan mulai saat itu, dia bukan lah lagi orang yang sama tika mana awak kenal dahulu. Ia akan digantikan dengan realiti, siapa dirinya yang sebenar.



Awak akan kecewa. Selalu bermain di dalam pemikiran awak.

"Kenapa buat begini"

Dan dia akan menjawab dengan perlahan.


"Saya sekadar mencuba. Saya berikan peluang untuk hati ini menerima segala kelemahan dan kelebihan awak, tapi gagal. Ia tak dapat bersatu pada akhirnya"


Dan dia akan menambah. Satu jawapan yang paling selamat untuk dia berlalu pergi.

"Awak orang baik. Awak lebih layak untuk orang lain"

Dan ya, awak tak akan dapat menerima jawapan begitu. Entah orang yang awak percayai satu tika dulu, datang memberi harapan, cuba membuka pintu ke dunia yang baru, berubah menjadi seorang yang asing. Yang tidak mahu dikenali.

Begitulah.

Pada satu saat, orang ini, dia memegang awak seolah-olah dunia berada di dalam genggamannya. Erat tidak terlepas. Dan sekelip mata, dalam satu saat, dia sudah separuh langkah berlalu pergi dari hidup awak.

Hati itu tiada makna pada dia. Sekadar hati, yang bisa dipegang dan dilepaskan sesuka hati.

Berhati-hatilah. Kepercayaan itu sukar dibina. Atas sebab itu, ia tidak sesenang untuk diberikan kepada mereka begini. Awak perlu bina dinding yang sangat tinggi. Tiada siapa yang mampu capai. Hanya yang benar-benar mahu, dan jujur, dia akan berusaha naik ke atas, menggapai impian untuk melihat dunia bersama awak.

Hati-hatilah.

Awak punya hati, berhak untuk dihargai.

Syafiq Ridhwan
Kuat


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,195 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen