“Bila Orang Luar Yang Berkata Dia Tidak Kisah Tapi Bila Suami Yang Kata, Pasti Tersimpan Dalam Hati…” Ikuti Kisah Ini.

 

Biasanya seorang isteri ini dia tidak akan ambil pusing akan apa yang orang sekelilingnya mengata di belakangnya sama ada dirinya tahu atau tidak, pasti tidak akan dilayani perkara sebegitu. Tapi apabila suaminya yang berkata sebegitu pada dirinya, sedikit sebanyak pasti akan tersimpan di dalam hati dan terluka.

Walaupun niat hanya mahu bergurau, tapi jika ia tidak kena dengan caranya sudah pasti emosi para isteri ini akan terganggu juga. Terutama jika para suaminya mula berkata mengenai tubuh badan atau masakannya. Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli ini.



Kadangkala sesetengah suami tidak tahu, bahawa setiap reaksi wajah dan kata-kata yang keluar dari mulutnya memberi impak yang sangat besar buat si isteri.

Impaknya samada membuatkan isteri rasa dirinya punya segalanya mahupun merasakan dirinya tidak punya apa-apa langsung.

Ada suami, apabila marah dan memaksa isteri mengikut keputusannya, dia akan berkata; "awak kalau tak suka dengan cara saya, tu, pintu tu ada terbuka luas. Tak suka cara saya, awak boleh pergi."

Impaknya pada isteri? Dia rasa dia menumpang rumah suami. Kemudian mulalah dia fikir. Ya, aku tak ada apa-apa kalau bukan sebab harta suamiku. Aku tak ada gaji, tak ada simpanan, tak ada rumah, tak ada kereta, kalau suami aku halau aku, anak-anak pun tentu dapat ke dia sebab AKU NI TAK ADA APA-APA.

Maaf saya cakap, bukan seorang dua isteri berasa begini akibat tindakan, reaksi wajah dan kata-kata suami. Penghargaan suami buat isteri buat isteri rasa dirinya berharga.


Isteri ni, jika orang luar menghina, mengutuk, membawang tentangnya, dia boleh buat tak endah sahaja. Namun, bukan jika dari suaminya.


Sekali suami kutuk fizikalnya, kata dia gemuk, kata kulitnya kasar, kata rambutnya macam dawai... mungkin tiada satu pun hari setelah itu, dia fikir dia wanita yang cantik walau semua orang memuji kecantikannya. Sebab baginya, kata-
kata suami itu yang diambil kira walau bagi suami, dia mungkin hanya bergurau ketika itu.

Kesannya mungkin menyebabkan isteri bertambah rendah diri, jati dirinya goyah, apabila orang luar menambah tekanan dan hinaan, dia sudah tidak mampu menepis bahkan akhirnya mungkin jatuh ke lembah depresi.



Wahai suami, perhatikanlah kata-katamu, riak wajahmu, tindakanmu ketika dengan isteri. Seandainya hati isteri itu ada ibaratnya, anggaplah ia seperti kaca yang perlu dipegang dengan hati-hati. Sebabnya isterimu adalah jantung rumahtangga. Emosi dan perkembangan anak-anak bergantung kuat dari si ibu.

Jika emosi si ibu cedera teruk, bayangkan bagaimana ketika dia melayan anak-anak? Seharian menangis, atau marah, atau tidak bersemangat untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Dapatkah anak-anak yang ceria, aktif dan berilmu dibentuk?

Untuk para isteri yang rasa rendah diri kerana dikatakan tiada apa-apa. Rumah tak ada, kereta tak ada, emas tak ada, simpanan banyak angka kosong pun tak ada. Hibah takaful pun suami enggan buatkan. Rasa macam hopeless dan useless.

Kadang terfikir nasib diri dan anak-anak bagaimana kalau suami mati, adakah sama macam dalam berita, atau drama yang akhirnya segala harta suami diagihkan ke orang lain dan memaksa mereka pulang ke pangkuan ibubapa yang sudah uzur? Akhirnya akan membebankan ibubapa sendiri pula.

Merisaukan perkara yang tidak terjangkau ini, kalau kita asyik fikirkan setiap masa, boleh jadi akan menimbulkan resah, boleh juga menyebabkan buruk sangka kepada Allah.

Dunia bukan untuk dirisaukan tapi untuk diuruskan. Syukurlah kita masuk syurga bukan menggunakan tiket wang ringgit, harta, kekayaan dan populariti. Allah Maha Baik, kita mungkin masuk syurga juga bukan kerana amalan kita yang compang camping tapi atas dasar KASIH SAYANG ALLAH semata.

Ketahuilah wahai wanita.

ALLAH SAYANG KITA, ALLAH TAKKAN MENZALIMI KITA.

Kalau tidak percaya, bandingkan hari yang kita mulai dengan tahajud, kemudian solat sunat, solat subuh, kemudian Dhuha, al-Quran. Lazimi al-matsurat, al-Waqiah dan al-Mulk, dengan hari kita tak solat, tak sentuh al-Quran dan sibuk berlagho, cari salah orang, isikan dengan tengok media sosial artis.

Di situ jelas akan nampak beza.

Sebab semakin dekat kita dengan Allah, kita akan rasa kelapangan hati. Ya, kita tetap lalui hari seperti biasa, tak ada selepas buat solat, baca Quran teruslah beri kereta mewah, rumah berbuah-buah.. tetapi rasailah ketenangan dalam hati dan bagaimana kita lihat masalah itu lebih kecil berbanding sekiranya kita menjauh dari Allah.

Besarkan kasih sayang Allah, kita akan nampak Allah membesarkan kasih sayang makhluk untuk kita.

Selebihnya, letak tepi dahulu kerisauan, susah hati, fikiran buruk tentang hakikat kita tak ada apa-apa itu. Kerana sebenarnya memang kita tak punya apa-apa melainkan taqwa sahajalah sebagai bekal untuk kita bawa pulang bertemu Allah kelak.

Usaha, tawakal, buat apa yang termampu. Namun, jangan terlalu push hard untuk kejar dunia ini. Kerana kita akan lelah kalau ukur hidup melalui pita ukur orang lain.

Bahagialah dengan cara kita sendiri. Bahkan untuk berbahagia itu mungkin syaratnya sederhana sahaja.

Ketahuilah, tiada yang kurang dalam pemberian Allah kepada kita, melainkan yang kurang hanyalah syukur dan tawakal kita kepadaNya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen